-

Tuesday 15 September 2015

Dapat Kereta Baru



Alhamdulillah, dapat kereta baru pemberian dari En.H untuk saya bawa anak2 ke sekolah. Tak pernah pun berangan2 nak memiliki kereta baru. Maklumlah, saya pun dah berhenti kerja awal 2014. Kereta si merah yang saya ada pun jarang2  saya guna,  sekadar untuk dibawa ke sekolah dan kawasan dekat2 je.

Rezeki jangan ditolok. Bila ada pemberian, saya terimanya dengan penuh kesyukuran. Dec 2014, En.H tender no plate untuk kereta baru saya. Bulan 1 confirm dapat no yang ditender itu. Masa tu kami ber2 duk fikir2 kereta mana yang sesuai dengan keperluan yang sepatutnya. Kami decide untuk pilih Honda kali ini.

Bln 2, kami hanya ke dealer Honda @ Seksyen 13 Shah Alam. Jom test drive. Saya try Honda Jazz, alamak macam tak sesuai je dengan umur saya. Kereta Honda Jazz ni cam sesuai untuk yang muda-mudi je. Saya try pula Honda City, sesuai dengan saya yang ada 2 boys dan coming soon 1 boy again. 

Tengah duk servey2 tu, salesgirl beritahu kami yang next 2 week ada launching kereta baru iaitu HRV. Apa lagi kami kata oklah, next 2 week kami  datang lagi untuk test drive. Tiba masa launching HRV kami pun datanglah try. Cam menarik, cam sesuai. Apa lagi terus book & bayar deposit. 

Kami pilih Honda HR-V 1.8 V yang full spec, berwarna Ruse Black Metallic . 4 bulan juga kami menunggu kereta HRV tu. No plate yang kami tender terpaksa kami extend dan kena ke JPJ. Dapat extend lagi 3 bulan no tersebut. Last untuk no plat tu bulan 7. Saya tak kisah pun dapat kereta tu lambat sebab ada kereta si merah saya. Yang penting kami dapat guna no  plate yang kami tender tu di Honda HRV.

Sehari sebelum puasa yang lalu, saya dapat kereta HRV. Pertengahan puasa bersalin dan dapat baby boy bernama Muayyad. Rezeki Muayyad dapat kereta baru untuk hantar abang2 ke sekolah. 

Kereta si merah saya masih ada, sekarang saya gilir2 dengan HRV. Jika saya tak guna HRV, En.H guna. En.H gilir2 dengan kereta si putihnya.

1 comment:

  1. Nanti kalau awak perlukan tayar baru, cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete