-

Friday 31 October 2014

Day 2 Krabi - Jalan2 @ Aonang Town


Semasa kami ke Aonang Town hujan renyai2, jadi kami tak lama meronda2 di sana. Banyak gerai2 yang menjual pelbagai barangan. Tujuan utama ialah untuk mencari water-proof bag. 


Akhirnya beli water-proof bag yang 5L berharga THB 300(±RM30.90) sebagai oleh2 dari Krabi.

 

Badan dah penat dek melihat keindahan 4 islands, perut dah kelaparan. Jom kita singgah makan @ Lemon Restourant yang terletak bertentangan dengan McD. Jom kita order makanan.
 


Order makanan guna bahasa Melayu je kerana pekerjanya fasih berbahasa Melayu. Majoriti yang makan di sini adalah orang Msia. Minuman yang kami order ialah Kiwi Juice. Strawbery Juice, Mango Juice. Belek punya belek menu, Mukhriz tambah order lagi air kelapa.



Kami 3 orang sahaja tapi kami order 4 nasi putih. Nampak sangat laparnya. Kami order ikan siakap stim lemon, telur dadar, somtam, tomyam putih dan satu lagi menu dah lupa sebab tak de dalam gambar. Nampak sangat perut dah kelaparan. Masakan di sini memang sedap. Nyum-nyum. Bayaran yang dikenakan untuk dinner malam itu adalah THB 900(±RM92.80).


Esok dah nak balik KL pepagi lagi, duit thai bath banyak lagi, maka saya tukar duit thai bath ke duit malaysia di van Exchange ini. Tukar disana lagi untung, THB1000 dapat RM100. Kalau di malaysia kita bagi  THB 1000 cuma kan dapat RM90++.

Kami ber3 pulang ke hotel jalan kaki je sebab dekat je Aonang Town dengan hotel kami. Masa pergi iya2 naik tuk tuk. Masa balik alahai dekatnya dengan hotel.

No comments:

Post a Comment