-

Monday 20 October 2014

Day 1 Krabi - Sampai Krabi


11 oktober 2014(Sabtu), kami ke Krabi dengan AK0868 jam 1.25 tengahari. Saya ke Krabi bersama Mukhriz & Miss Zaini.



Perjalanan dari KLIA2 ke Krabi mengambil masa 1 jam 20 minit. Arrival Card & Departure Card akan diedarkan dalam perjalanan ke Krabi.


Saya memilih untuk menaiki shuttle bus dari airport ke Ao-Nang. Budget-budget.



Sila beli tiket bas di kaunter yang terletak dalam airport.


Saya  memilih untuk ke Ao-nang kerana hotel kami terletak di sana. Sila bagi tahu driver bas / staf shuttle bus nama hotel yang hendak di tuju. Tiket shuttle bus dari Airport Krabi ke Ao-nang THB 150(±RM15.50)



Tiket shuttle bas Airport Krabi ke mana2 destinasi adalah percuma. Jimat-jimat tak payah bayar tiket untuk Mukhriz.

Jom kita naik bus. Naik je bas Mukhriz dah mula lapar. Kita makan kudapan Mister Potato dulu, ngap-ngap dahaga lah pulak.


Miss Zaini turun kejap dari bas untuk beli 2 mineral water dan air kotak ini. Kebetulan bus sedang menunggu penumpang lain.




Inilah suasana jalan di Krabi. Perjalanan dari Airport ke Ao-nang mengambil masa dalam 50 minit sebabnya banyak behenti di hotel2 penumpang.


Pranang Flora House menjadi pilihan kali ini. Hotel berstar 2-3 sahaja. Servicenya mantap. Kami check in dulu. Kemudian kami book pakej 4 island,Night Market dan teksi dari hotel ke airport. Pakej yang ditwarkan di hotel ini memang berpatutan. Bayar apa yang kami book. Dan jom kita letak bag dulu di lobi. Kita cari tempat makan.



Jom kita makan dulu. Senang je nak cari halal restoran.



Mukhriz order - Fried rice tomyam seafood THB 80 (±RM8.20)




Saya order - Fried green curry seafood + rice THB 70 (±RM7.20)


Miss zaini order - Stir-fried with chili paste seafood & rice THB 70 (±RM7.20)


Kami ber3 memilih strawbery juice THB 50 (±RM5.15).



Setelah kekenyangan jom berehat. Bilik yang luas dan selesa. Wifi yang laju. Tak payah beli prepaid untuk berhubung. Wassup sahaja dengan En.H dan Along di KL. Save budget.



Berehat dan solat dulu. Sementara tuu, Mukhriz sibuk duk main LEGO yang dibeli di Toys'us KLIA2. Bukak LEGO yang kotak kecil dulu. Tak pasal2 melayang RM60 di Toys'us KLIA2 untuk LEGO ini.Tu pun sebab En.H tak de, kalau tak, sah2 dia pilih yang lain.



Selepas berehat, kami turun ke lobi untuk ke Elephant Tracking. Ingatkan sempat tapi sudah closed. Yang Elephant tracking kami tak book dulu sebab pihak hotel kata, kalau sempat baru book sebab kalau dah naik ke bilik sah2 ambil masa lama.  Jadi kami decide pegi makan pancake.

Miss Zaini order - pancake peanut butter & banana THB 45 (±RM4.60)



Saya & Mukhriz order - pancake peanut butter  THB 35 (±RM3.60)



Miss zaini order- Mixed Fruit dan saya order Mango juice, saya share mango juice dengan Mukhriz. Setelah kekenyangan kali ke 2, kami pulang ke hotel. 

Untuk ke Night Market adalah jam 6.00 petang, masih awal lagi, jadi saya dan Mukhriz memilih untuk  ke bilik dulu sebab Mukhriz nak siapkan LEGO. Manakala Miss Zaini tunggu di Lobi. 10 minit seblm jam 6.00 petang saya dan Mukhriz turun ke lobi untuk ke Night Market bersama2 dengan tetamu hotel Pranang Flora House.

Entry Night MarKet Krabi di entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment