-

Tuesday 26 August 2014

Mana kunci kereta?


Sabtu lepas, ada jamuan raya @ Sekolah Kebangsaan. Semua pelajar sesi pagi & petang dikehendaki hadir pada sesi pagi sahaja. Ini kerana ada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ini, murid2 tidak perlu membawa makanan kerana cikgu dah kutip duit RM4 seorang dan makanan disediakan oleh pihak sekolah. Tahun2 lepas perlu bawa makanan.

Pepagi dah semangat nak ke sekolah dek kerana sambutan raya ini. Kalau tidak, macam2 alasan yang diberikan oleh Mukhriz untuk tidak ke sekolah pada hari sabtu.

Awal2 dah masuk dalam kereta, excited nak gi sekolah. Alahai anak, seronok lah tuuu. Mesti dah janji dengan kawan2 nak main. 

Seperti biasa pepagi lagi En. H akan beli newspaper, sempatlah Mukhriz belek-belek paper dan baca berita hari perkabungan tragedi MH17. Walaupun sekolah dekat, tapi nak masuk kawasan sekolah memang jem dek kerana family2 hantar anak2 ke sekolah.



Kebiasaan bila sekolah hari sabtu, saya akan ikut En.H dan Mukhriz ke sekolah. Kami hanya drop Mukhriz dan terus gerak. Sekali ........ada blinking oren  di screen tertulis  "KEY NOT DETECTED". Alamak!!!! Mana kunci kereta?

Ni, mesti Mukhriz TERbawa ke sekolah. Kena masuk kawasan sekolah lah nih. En.H berhentikan kereta dan saya berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Kena bagi tahu pak guard sebelum masuk kawasan sekolah.

Saya pun beritahunya "saya nak jumpa anak saya kejap. Saya rasa kunci kereta saya ada dalam poket baju melayunya". 

Pak guard pelik " Kan baru je tadi drop anak kat sini, macam mana kereta boleh gerak kalau kunci ada dengan anak?". Saya tersenyum je mendengar pertanyaan pak guard tu. Maybe dia tak tahu banyak kereta dah "keyless" sekarang.  Lalu saya pun dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.




Nampak gayanya murid2 dah start berkumpul. Kena beritahu pula guru yang saya nak jumpa anak sebab nak ambil kunci kereta, Guru pun geleng kepala "macam mana kunci boleh ada dengan anak?". Dalam hati "tak payahlah nak risau dan fikir kenapa cikgu, yang penting saya nak jumpa anak saya kejap je".

Saya minta cikgu panggilkan Mukhriz dan saya tanya Mukhriz mana kunci kereta?". Terkejut Mukhriz, terus dicarinya kunci kereta dalam poket baju melayunya. Memang ada dengan Mukhriz, sambil tersenyum dia menjawab "Sorry mama, lupa nak bagi papa tadi. Emmmm......




Alang2 dah masuk kawasan sekolah, sempat snap sekeping gambar ini buat kenangan. Murid tak ramai lagi sampai waktu tuu.

No comments:

Post a Comment