-

Friday 15 August 2014

Jamuan Raya Sekolah Agama


Jumaat lepas, ada Majlis Sambutan Hari Raya di Sekolah Agama. Tahun ini diadakan pada hari sekolah. Tahun-tahun sebelumnya diadakan pada hari minggu dan keluarga dijemput hadir.

Hari Jumaat jamuan. Hari khamis baru dapat memo kena bawa apa. Kali ini Mukhriz kena bawa kuah kacang. Alamak, kuah kacang, tak berapa nak pandai tu nak buat. Lagi pun bahan2 nak buat tak de kat rumah. Yg utama sekali sebab malas nak buat maklumlah selasa(5/8/2014) tengahari baru sampai dari Kelantan, Penat tak habis lagi dengan mengemas baju bertimbun2 dek lama balik kampung. Anak-anak hari selasa petang baru start ke sekolah. Extra cuti 1 ari dari kawan2 yang lain.



Apa lagi mencuba nasib nak beli kuah kacang @ Sate Hj Samuri. Khamis malam lepas ambil Along tuition terus ke RnR Awan Besar yang terletak tak jauh dari rumah. Mula-mula order satay ayam dan daging dulu. Lepas tu, saya cuba tanya "kalau nak kuah kacang lebih boleh beli tak?". Cashier jawab " boleh, 1/2 kilo -RM5 sambil tunjukkan plastik kecil, kalau 1 kilo RM10 yang plastik besar tu."


Yes! Yes!. Misi beli kuah kacang berjaya. Jumaat pagi panaskan dan masukkan dalam bekas untuk dibawa ke Sekolah Agama.



Pagi tu, Mukhriz awal ke sekolah. Amboi2, awal hari nih. Siap bawa duit raya nak kasi kawan2 yang rapat dengannya.


Kali ini Mukhriz minta bawa kamera, katanya nak ambil gambar kawan2 sebab tahun ni dah last belajar kat sekolah agama ni.

No comments:

Post a Comment