-

Wednesday 27 November 2013

Makan2 @ Fish & Co, Paradigm Mall

Sempena birthday Along yang ke 12, kami ke Fish & CO @ Paradigm Mall untuk menjamu selera. Kami ke Fish & CO sebelum birthday Along kerana Mukhriz balik kampung pada 16 Nov.


Menu Fish & Co. Besar betul buku menunya. Menarik dan senang nak baca dan order

Hidangan makanan akan diletakkan atas alas ikan ini.

Tisu, garpu & sudu

Saya memilih menu yang sama dengan Along.

Menu ini ialah Italian Fish & Chip harganya RM16++. Along Add On Rice yang berwarna oren itu. Hidangan ini tiada air.

Saya dan Along pilih soup of the day + soft drink harganya cuma RM7++. Jika beli air dah RM5++. Jimat jika order soup of the day + soft drink.

Mukhriz dan papanya memilih menu yang sama iaitu Seafood Platter, harganya RM28++.

Inilah hidangan kami sekeluarga. Soup of the day dah habis kami ngap sebelum hidangan ini sampai. Tu pun dah penuh meja rasanya. Order Red Velvet Fusion Cake RM7++. Tapi kami kekenyangan tapau kek tersebut balik rumah. Memang sedap kek itu.

Mukhriz dan papanya share air Chocolate XXXtasy. Rasa air yang best.

Setelah bayaran dibuat. Diberikan resit dan gula2 ini sebagai pencuci mulut. Memang sedap makan disini. Next time boleh datang lagi.

No comments:

Post a Comment