-

Monday 25 November 2013

Buat MyKad / Kad Pengenalan Anak

 

Along dah 12 tahun, along perlu buat kad pengenalan untuk identiti diri. Kami membuat keputusan untuk ke pejabat pendaftaran pada hari minggu iaitu hari ahad. Klik disini untuk mengetahui waktu2 urusan di pejabat pendaftaran.



Kami sampai di Plaza Massalam, Shah Alam jam 12.30. Alhamdulilah, tak ramai orang. Sila dapatkan borang permohonan kad pengenalan di kaunter pertanyaan. Dan isi betul2 ya.
 

Bila nombor 4158 di panggil. Saya dan Along ke kaunter. Borang yang diisi diteliti dan di key in. Kemudian anak dan ibu perlu cop tangan di tempat yang disediakan. 

Kemudian sila tungggu giliran untuk ambil gambar. Kejap sahaja kami berurusan. Alhamdulilah, kejap sahaja proses membuat kad pengenalan. Memandangkan pejabat tutup pukul 1.00 tengahari. MAka kami perlu datang mengambil kad pengenalan pada hari isnin. Masa ambil kad tersebut tidak perlu bawa anak. Boleh sesapa sahaja datang ambil dengan syarat ada resit pengambilan kad tersebut. Bagi kami, itu tidak menjadi masalah kerana En.H sentiasa ada urusan di sekitar Plaza Masalam.

No comments:

Post a Comment