-

Saturday, 11 October 2014

Tunaikan Janji - Jom ke Krabi

3D2N ke Krabi

25 Febuari 2014 merupakan gaji terakhir saya sebagai seorang pekerja setelah 16 tahun berkerjaya di bidang IT. Mulai 1 Mac 2014  saya akan bergelar Suri Rumah. 

Saya pernah berjanji dengan kawan saya iaitu Miss Zaini "saya nak belanja  Miss Zaini dengan gaji terakhir. Saya akan belanja tiket flight ke destinasi yang dekat2 dan destinasi tersebut Miss Zaini kena buat pilihan"

Miss Zaini memilih untuk ke Krabi. Maka pada 28 Febuari 2014 saya telah book tiket ke Krabi(11 Oktober-13Oktober). Kebiasaan kami berdua sahaja tetapi kali ini kami ber3 kerana saya bawa Mukhriz.

Saya book terus tiket & hotel. Tiket ke Krabi Untuk 3 orang ialah RM155 X 3pax = RM 465. Kami memilih hotel Pranang Flora House(area Aonang Beach) harganya RM214 untuk 3D2N.

Lepas ini mungkin dah tak ada peluang nak travel dengan Miss Zaini lagi.

Monday, 6 October 2014

Beli mainan LEGO @ LEGO Store The Curve

Last week singgah @ Lego Store The Curve yang terletak di 1st Floor.


Pilih-pilih.

 Mukhriz dah tak tahu nak beli yang mana satu

2 beradik tengah berbincang yang mana satu yang patut dibeli

 Mukhriz  dapat beli 2 LEGO disini. Along duk usik Mukhriz "mana aci, asyik kau je dapat beli LEGO".

Tambah lagi koleksi LEGO yang telah ada.

Inilah pilihan LEGO kali ini

Thursday, 2 October 2014

Jom Makan Nando's




Ahad lepas, hajat dihati nak beli survey-survey barang di Ikea.  Tapi tak kesampaian, dek kerana ramai betul orang di IKEA. Maka kami pun round-roundlah di IPC Shopping Mall. Along nih, pantang tengok tempat makan, pasti request nak makan.

Nando's menjadi pilihan Along kali ini. Nyum-nyum dah lama tak makan di Nando's.  Ramai betul orang weekend tu, adakah kerana nak Raya Haji atau nak Deepavali?

Thursday, 25 September 2014

Makan2 di PCB

Bila ada cuti sekolah pasti kami akan pulang ke kampung halaman di Kelantan. 6 hari kami di sana iaitu pada 15 September -20 September. Kali ini kami berpeluang membawa nenek dan ahli keluarga saya makan2 @ PCB. PCB adalah nama singkatan untuk Pantai Cinta Berahi / Pantai Cahaya Bulan. 

 
Bukan senang nak ajak nenek saya keluar makan. Macam2 alasan diberikan. Penatlah, dah kenyanglah dan lain-lain. Tapi kali ini saya bernasib baik kerana pelawaan saya kali ini dituruti oleh nenek. 

Nenek saya mempunyai 50++ cucu dan 20++ cicit. Saya merupakan cucu yang ke 3 dan Along merupakan cicit yang cicit lelaki yang pertama.

Mak & Nenek

 Nenek bersama anak,cucu dan cicitnya

Adik perempuan saya dan anak sedara yang paling kecil

Seafood and bebola celup tepung