-

Wednesday 19 August 2015

Merdeka Saver Rebate Voucher @ AEON

source:  http://www.aeonretail.com.my/

Ahad lepas, saya dan family keluar shopping ke Midvalley Mega Mall. Lama rasanya tak keluar jejalan dek kerana pantang bersalin.  Tujuan shopping kali ini adalah untuk membeli barangan baby.  Masa ni, baby baru umur 48 hari. 

Jom kita shopping. Salah satu tempat yang kami shopping ialah di Jusco. Masa ni Jusco ada buat promosi Merdeka iaitu dengan setiap pembelian RM100 dapat RM10 voucher.

Jom pilih. Dek kerana dah lama tak ada baby, maka seronok pula beli itu dan ini. Sementara saya duk pilih barang baby, Along & Mukhriz layan main token di tempat mainan Jusco. Pada masa yang sama sempat mereka ke riki-riki barang mainan. Hasilnya mainan NERF menjadi pilihan Mukhriz. 


Dengan pembelian tersebut, saya dapat RM60 voucher. Expired voucher ni pada 30 Ogos 2015. Alamak!!, Merdeka ni kami akan balik kampung. Jadi, weekend ni kami akan ke Jusco lagi untuk menghabiskan voucher ini.

No comments:

Post a Comment