-

Thursday, 13 August 2015

Sudah Habis Pantang Bersalin


Hari ni, baby dah berumur 44 hari, maka hari ni juga saya habis pantang bersalin. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

Raya tahun ni ada baby baru, bertambah ceria di hari raya. Tapi yang sedihnya tak dapat menziarahi pusara Arwah Feqah Insyirah yg merupakan satu2nya anak perempuan saya. Maklumlah masa raya hari tuu, saya baru 17 hari bersalin.  Tahun ni dah 3 tahun lebih arwah Feqah Insyirah bersemadi buat selama-lamanya. 

Selama 10 hari saya berada di kampung sempena Aidilfitri. Semasa di kampung dapatlah berurut & bertungku. Hilang segala lenguh2 badan selepas berurut & bertungku. Raya Kali ini tak dapat ke mana2, sekadar pulang ke rumah mak& ayah serta mak mertua je. Bila tengok makanan yang best2, sabar je la. Sekadar tengok je makanan tersebut nak makan tak boleh. Aduhai pantang oh pantang.

Bila balik KL, jemputan open house memang banyak. Jadi kena tinggal lah jaga rumah dengan baby Muayyad kerana mana boleh pergi jalan lagi. Kalau pergi pun, banyak makanan yang tak boleh dimakan. Boleh diet raya kali ni. Kalau raya sebelum ni, lepas raya badan naik bam2 dek makan banyak.

Weekend ni, mau pegi shopping.Tujuan shopping untuk car seat untuk baby Muayyad. Next week saya dah start hantar ambil anak sekolah dah. Lama jugalah berehat dari tengok sekolah anak2 dek bersalin ni. Harap2 baby Muayyad tak de masalah sepanjang ikut mama & abang-abangnya ke sekolah nanti. 

Monday, 13 July 2015

Majlis Berbuka Puasa Bersama Jiran Tetangga


17 ramadhan 1436H(4 July 2015-sabtu), majlis berbuka puasa bersama2 jiran tetangga telah diadakan di kawasan perumahan kami. Majlis yang diadakan meriah dan mendapat sambutan dari jiran tetangga.




En.H, Along & Mukhriz tidak melepaskan peluang untuk mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga. Saya tak dapat join majlis tersebut kerana saya dalam pantang, masa itu saya pantang bersalin baru 4 hari. 






Selain majlis berbuka puasa, diadakan juga majlis sambutan hari lahir selepas isyak. 






Jam 12.00 malam pula, ada jamuan makan durian. 

Mukhriz  seronok la dapat main dgn kawan2 sampai lewat malam. Kanak2 juga di berikan bunga api untuk memeriahkan lagi majlis. 

Majlis Jamuan Hari Raya juga akan diadakan nanti. Saya tidak dapat join juga kerana tersebut saya masih dalam pantang lagi. Apapun, sebelum2 ini saya ada juga join majlis bersama jiran2 cuma tak sempat nak update je.

Tuesday, 7 July 2015

14 Ramadhan 1436H - Bertambah Ahli Keluarga



Syukur ke hadrat Ilahi, 14 Ramadhan 1436H(1 Julai 2015), saya telah selamat melahirkan anak ke 4. Lahirlah seorang lagi anak lelaki dalam keluarga kami pada 3.20 pagi @ KPJ Selangor, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. 

Monday, 22 June 2015

5 Ramadhan 1436H - Genap 14 Tahun Usia Hisyraf(Along)

Hari ini 5 Ramadhan 1436, genaplah usia Hisyraf (Along) 14 tahun. Begitu cepat masa berlalu, kini genaplah juga saya bergelar seorang ibu selama 14 tahun. 

Bersalin di bulan puasa memang mencabar kerana tiada tenaga untuk bersalin kerana saya tetap berpuasa hingga ke hari bersalin. Bab pantang pula, memang menguji kesabaran bila melihat juadah berbuka yang menyelerakan. Semua benda rasa sedap tapi semuanya tidak boleh dimakan. Saya memang betul2 berpantang. Boleh dikatakan apa yang menjadi pantang larang orang tua saya ikut, maklumlah berpantang di kampung.

Bila tiba raya, terpaksa melihat sahaja pelbagai juadah hari raya yang dihidangkan dan terpaksa menjaga rumah kerana tidak boleh ke mana2. Tapi yang paling best bila saudara mara bagi duit  raya kepada anak, banyak juga duit raya yang terkumpul.  Semua itu menjadi memory  indah buat saya.

Sempena 14 tahun usia Along,  mama mengharapkan sesuatu yang terbaik untukmu  moga menjadi umatNYA  yg sentiasa di rahmati olehNYA dan menjadi anak yang berjaya di dunia & di akhirat.