-

Wednesday, 8 January 2014

Wordless WednesDaY -Lunch @ Trishna Authentic North Indian Restaurant



Semalam, lunch @ Trishna Authentic North Indian Restaurant. Restaurant ini menyediakan menu indian food. Seramai 26 orang menghadiri jamuan ini. Lagu2 hindustan berkumandang sepanjang kami makan2.



Lost World of Tambun - Part 3

Jom ke Tin Valley

Sejarah. Tin Mining in Malaya
Jom guna gajah untuk bijih timah

Mencuba mendulang bijih timah

Rombongan merah putih bagi gula2 kepada pengunjung

Terdapat cafe disini. Jom singgah sebentar. Klasik tau cafe ni.

Jom mencuba aktiviti lasak pula

Saya beli tiket Zip Line secara online. Cuma RM10 sahaja. Beli untuk Along & papanya. Mukhriz gayat sikit bab2 tinggi nii. Kalau beli disini, harga tiket adalah RM20. Baca dulu peraturan yg tertera

Perlu isi borang sebelum memulakan aktiviti.

Jom cuba

Zip Line. Along & papanya.

Yahoooooooooooooo...merentasi tasik.

Ada pertandingan mewarna. Mukhriz & Along tak join pun. Mereka main air puas2 sebab tak lama lagi, waterpark dah nak tutup. Saya sempat ke Petting Zoo tapi cam malas nak ambil gambar. Jadi tak de gambar nak selitkan disini.

Ini pula pertandingan membina Sand Castle bertemakan Santa Claus. Setiap group mesti 4 orang. Kami tak join pun. Jam 6.00 petang waterpark tutup. Bye. Habis sudah cerita di Lost World of Tambun.


Klik link dibawah untuk cerita: 

Lost World Of Tambun - Part 1

Lost World Of Tambun - Part 2 


Tuesday, 7 January 2014

Lost World Of Tambun - Part 2

Jom ke Amusement Park. Terdapat beberapa mainan disini. Antaranya Stormrider.

Stormrider. Masa naik ok. Masa turun, ngeri sikit. Tapi bagi Along, tak de apa2. Sempat 3 kali Along cuba. Mukhriz sekali cukuplah.

Jom try Dragon Flight. Tiada bayaran dikenakan.

Yahoooooo. Pusing2.


Jom try ini pula.

Pusing2 juga

Booth2 token.Untuk main ini, perlukan RM2 untuk setiap token.

merry go round

Booth makanan ringan.

Berehat sebentar. Sementara menunggu anak2 di Amusement Park, sempat tapaukan 2 makanan ini untuk Along & Mukhriz. Share dulu. Lepas ni kita beli lagi.

Jom ke Lost World Tiger Valley.

Sepasang tiger di sini.


Tiger Feeding Show jam 3.00pm & 4.00 pm setiap hari. Jangan lupa saksikan pertunjukan ini.



Jom ke Swan Paddle Boat. Memandangkan saya beli online tiket Child SuperSaver untuk Mukhriz, dapat 1 kupon swan paddle boat. Cuma tambah RM5 untuk Along. Kupon ini dapat 1 fish food percuma.

15 minit diperuntukan untuk setiap swan paddle boat ini. Tetapi Along & Mukhriz dapat main dalam 30 minit. Orang lain kejap je. Tapi Along & Mukhriz dah sudah2. Maybe sebab beli online kot dia bagi lama.

Jom beri ikan makan.

Angsa ni pun sibuk nak makan makanan ikan.

Lapar. Tapau 2 bungkus makanan lagi. Mee goreng mamak dan Pasembor berharga RM6.50 setiap 1. Mukhriz ada kupon lunch meal- beli online child SuperSaver. Berbaloi beli tiket online Supersaver kerana makanan & minuman yang disediakan agak berbaloi. Mukhriz memilih Chiken Chop & Ais Lemon Tea. Buat makluman, makanan dari luar memang tak boleh bawa masuk TETAPI air mineral boleh bawa masuk. Kami bawa masuk 1 botol mineral 1.5 L & 1 botol mineral botol 500ml.


Klik link dibawah untuk cerita: 

Lost World Of Tambun - Part 1


Lost World Of Tambun - Part 3

Lost World Of Tambun - Part 1

Main Entrance ke Lost World of Tambun. Tema Christmas. Parking cuma RM1.00 per entry.

Masuk je nampak horse ni. Jom bergambar dulu.

Anda boleh ronda2 melihat apa yang di Lost World of Tambun dengan menaiki train nii. Terdapat 7 attraction disini.


Main Entrance -untuk menaiki Coller Coaster

Please Q here untuk mencuba Roller Coaster. Masa kami sampai di sini tak ramai lagi pengunjung kerana masih awal.

Roller Coaster ni tak timggi sangat. Boleh lah cuba. Kata Along tak mencabar sangat. Sekali je try dah tak nak dah. Kalau mencabar dia suka try berkali2. Along suka yang tingggi2.



Harga sewa pelampung @ Lost World of Tambun= RM25. RM15 sewa dan RM10 deposit



Untuk dapatkan semula deposit pelampung tersebut, sila pulangkan pelampung tersebut sebelum 5.45 pm. PASTIKAN number pelampung anda sama dengan tag pelampung yang diletakkan ditangan anda.


Mukhriz dah tersenyum bila nampak saya bawa pelampung untuknya.
Along dan papanya mencuba slide yang panjang. Saya temankan Mukhriz main air di tempat lain

Jom ke sini. Waktu operasi bermula jam 12.30 tghari - 5.30 petang.



Main Entrance -Hunted Chambers

Klik link dibawah untuk cerita: