-

Thursday, 19 April 2012

CuacA oh CuacA

Cuaca tidak menenentu sekarang. Hari ini pepagi dah hujan. Oh  malasnya nak keluar rumah nak pergi ofis. Kena redah jem pepagi dek hujan, berpayung pula ke ofis. Kerja tetap kerja apapun halangan yang penting sebelum jam 9.00 pagi harus sampai di ofis.

Dalam ofis kesejukan dek aircond, nak-nak lagi ,bila cuaca hujan. Tak sabar2 nak tunggu lunch time. Kononnya nak hilangkan rasa sejuk. Bila keluar dari ofis, panas terik.

6.00 pm waktu ditunggu2 untuk pulang

 6.00 petang baru habih waktu ofis. Jam 5.45 mula jeling2 cuaca di luar. Adakah hujan adakah tidak? Payung perlu dibawa pulang di waktu petang. Walaupun ofis tak hujan, belum tentu sampai di parking LRT Bukit Jalil tak hujan. Bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan".

Tuesday, 17 April 2012

I-CITY : 6D Motion Theater, Giant Wheel & Outdoor Rides

Dah sekian lama anak2 nak pergi I-City.  Anak2 tertanya apa yang ada kat I-city. Maka sabtu lepas tertunai kehendak anak2 nak ke sana.

Parking kereta Per Entry ialah RM10.00. Parking Motor Per Entry ialah RM3.00. Sesi melihat lampu2 bermula.

Movie kali ini ialah Alien Safari

Mari menonton 6D Theater Movie
Aktiviti seterusnya ialah menonton 6D Theater Movie. Tiket untuk 6D Theater Movie, dewasa RM12, kanak2 RM8 dan kanak2 bawah 90cm percuma. Untuk mereka yang berkeluarga dapatkan tiket 2 dewasa dan 2 kanak2 cuma RM30 sahaja. 

Anak-anak Ku
 Tiket keluarga nii anda boleh jimat RM10 berbanding beli satu2 tiket. Pastikan anda buat pilihan yang bijak. Memandangkan kami ber5, saya telah mengambil tiket keluarga RM30 dan 1 tiket kanak2, jumlah tiket tersebut ialah RM38.

Tiket kanak2 untuk Outdoor Rides. Setiap 1 games =RM5.

Untuk aktiviti Outdoor Rides, setiap games yang disediakan memerlukan tiket RM5. Sila beli tiket dahulu sebelum beratur untuk Outdoor Rides itu.

 2 tiket diperlukan disini =RM10


Harga tiket untuk Giant Wheel


Untuk Giant Wheel. Tiket RM10 untuk dewasa dan kanak2 RM5. Pastikan ketinggian anak anda. Jika ketinggian anak anda lebih dari 120cm maka anak anada dikenakan tiket RM10. Ini berlaku kepada along walaupun umur 11thn kategori kanak2 tapi ketinggian lebih 120cm maka dikenakan tiket RM10. 

 

Best naik giant wheel sebab dapat tengok pemandangan dari atas. Feqah nampak Giant. Feqah tanya "papa, tu giant umah kita ke papa?". Isk isk Feqah Feqah, Giant tuuu mana2 pun ada, bukan kat rumah kita je ada. Abang2 Feqah duk gelakkan Feqah.

Monday, 16 April 2012

Pizza Hut -Kid Eat for Free

Pizza Hut Kids Eat Free
6.00 ptg Ahad makan2 di Pizza Hut. Setiap RM20 yang dibelanjakan, seorang kanak2 yang ketinggian sehingga 120cm layak mendapat 1 set hidangan untuk kanak2 secara percuma. Jika berbelanja RM40 dan mempunyai 2 anak di bawah 120cm, layak mendapat 2 set hidangan untuk kanak2. (Every RM20 spent entitles you to 1 'Kids Eat Free' meal. Limited to 1 meal per kid).

Ngam2 120cm
Mukhriz ngam2 120cm. Memandangkan saya order makanan lebih dari RM40, maka Mukhriz dan Feqah mendapat free meal tersebut. Mereka berdua memilih untuk menu  "Kids Cheese MeatBall". Air yang diberikan untuk menu tersebut ialah Ais Lemon Tea. Masing2 menjamu selera. Jam 7.10 kami pun pulang ke rumah.


Kids Cheese Meatballs menjadi pilihan Feqah dan Mukhriz
 
 Cheese Meatballs

Friday, 13 April 2012

O'briens @ Empire Subang


Memandangkan 11 april 2012 adalah cuti umum maka kami cuci mata di Empire Subang. Apakah tujuan ke sana? Tujuannya sesaja bawa anak2 jejalan maklum la weekend lepas tak kemana-mana disebabkan Mukhriz demam. Setelah penat meronda2 kami lepak2 di O'briens Irish Sandwich Cafe

2 set Chicken Slice and Cheddar Shamb &  2 guava juice
Chicken Slice & Cheddar Shambo (RM15.80 perset)

Mukhriz baru sihat dari demam macam dah kurus sesgt.

Belon Feqah

Along yang sentiasa berselera. Yummy2. Licin.
Tapau O'briens untuk breakfast esoknya untuk ke sekolah. (2 puff - blueberry danish)
Sedap. Tapi paketnya kecil sgt.