-

Thursday, 12 February 2015

Lunch @ Restoran Zam-Zam , Seksyen 9


Hari ni, keluar lunch awal dengan En.H. Jam 11.45 pagi dah berada di Restoran Zam-zam, Seksyen 9 Shah Alam. Masa kami sampai tak ramai lagi pengunjung, maklumlah masih awal lagi. Kami lunch awal hari ni dek kerana malas nak breakfast dan saya malas nak masak hari ni.


Inilah menu yang kami ber2 order. Banyak nasinya. Masa dapat nasi tuu boleh "habis ke tak nih?". Bila dah makan sah-sah habis lah kan. Sembang-sembang dengan En.H sampai jam 12.45 tengahari. Masa kami nak balik, makin ramai pengunjung yang datang. Maklumlah sudah waktu lunch hour.



Kami hanya bungkus makanan untuk Mukhriz sahaja. Along balik lambat sekolah (5.30 petang) hari ini. Dari restoran ini, terus ke sekolah Mukhriz. Mukhriz balik pukul 1.00 tengahari hari ini.

No comments:

Post a comment