-

Saturday 11 June 2016

15 tahun menjadi ibu

Semalam 5 Ramadhan 1437H genap 15 tahun aku bergelar seorang ibu. Syukur kepada Ilahi kerana telah menganugerahkanku 4 cahaya mata iaitu 3 lelaki & seorang perempuan. 2 daripada anak saya dilahirkan di bulan Ramadhan iaitu Hisyraf atau dikenali Along lahir pada 5 Ramadhan, 15 tahun yg lalu. Manakala Muayyad dilahirkan pada 14 Ramadhan tahun lepas. 

Pelbagai dugaan, rintangan dan kesabaran perlu ditempuhi dalam membesarkan anak2. saya bersyukur diberikan peluang untuk menikmati nikmat memiliki anak. Anak adalah anugerah tetindah.

Dugaan yang paling hebat yang pernah lalui apabila satu-satunya anak perempuan saya iaitu Arwah Feqah dijemput Ilahi ketika umurnya 4 tahun 10 bulan.  Perginya mengadap Ilahi dengan begitu tenang, di malam jumaat. Sudah 4 tahun arwah berada di alam barzakh . Namun saya sayakan ianya sentiasa hadir menenami saya. 

Semakin lama bergelar ibu, semakin matang kita berhadapan dengan kerenah anak. Ya Allah jadikan aku seorang ibu yang mampu mendidik anak-anakku ke jalan yang Kau Redhai agar mereka berjaya di dunia  dan di akhirat

No comments:

Post a Comment