-

Monday 18 May 2015

Rugby Oh Rugby

Along bersama rakan-rakannya dalam pertandingan Rugby 

Rugby oh Rugby. Sejak pindah sekolah kat Shah Alam, Along telah melibatkan diri dalam sukan Rugby. Minat ini muncul apabila salah seorang dari rakannya mengajaknya bermain Rugby dek kerana badannya yang tinggi dan besar. 

Masa mula-mula Along bagitahu saya, saya agak keberatan mengizinkannnya untuk terlibat dengan sukan tersebut kerana sukan Rugby agak lasak berbanding sukan bola sepak. Tetapi bagi En.H, anak lelaki biarlah lasak2.

Setiap minggu ada 2 kali training dari jam 3.30 ptg - 6.30 ptg. Akhirnya Along terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan antara sekolah2 dan juga friendly tournament. Sejak telibat dengan sukan ini, Along makin kurus.

Kejohanan Tangling Rugby Cup-TRC 2015 yang berlangsung di Singapura pada 9 & 10 Mei(Sabtu & Ahad) 2015 yang lalu.

Oleh kerana prestasinya yang memberangsangkan dalam pertandingan2 tersebut maka Along telah terpilih pula untuk mewakili pasukan gabungan sekolahnya & Malaya Ceylon Rugby Club (MCRC) ke kejohanan Tangling Rugby Cup-TRC 2015 yang berlangsung di Singapura pada 9 & 10 Mei(Sabtu & Ahad) 2015 yang lalu.

Pengalamannya dalam pertandingan tersebut adalah sesuatu yang amat berharga bagi dirinya apabila bermain menentang pasukan-pasukan daripada Hong Kong, Indonesia, Taiwan dan juga pasukan tuan rumah, Singapura yang rata-rata pemain-pemainya adalah terdiri daripada anak-anak "Mat Saleh".

Secara tidak langsung penglibatannya dalam sukan Rugby ini telah membuat Along lebih berdisplin & fokus dalam pelajarannya dan juga kehidupan sehariannya. 

8 Mei 2015 (Jumaat) bertolak ke Johor jam 3.30 petang untuk pertandingan di Singapura pada 9 Mei & 10 Mei 2015.

Pertandingan @ Singapura 

Pengalaman yang berharga buat Along dalam sukan Rugby
Sebagai kenangan, Along beli bola Rugby mini ni dan keychain cuma SGD 20(RM54)

No comments:

Post a Comment