-

Tuesday 21 April 2015

3D2N Pulau Redang - Day 1: Kami ke Pulau Redang

11 April 2015 (sabtu) dengan penerbangan Firefly (FY2100) kami sekeluarga ke Kuala Terengganu untuk bercuti di Pulau Redang 3D2N. Penerbangan ini bertolak ke Kuala Terengganu jam 7.20 pagi dan mengambil masa 1 jam 5 minit untuk sampai ke Kuala Terengganu. Kami sampai di Kuala Terengganu jam 8.25 pagi.

Jom kita breakfast dulu dengan menu yang disediakan.

Mukhriz beli cenderamata dari Firefly 

Inilah beg kami ber3. Tak penuh pun beg tersebut. Standby untuk isi barang2 yang akan di beli di Kuala Terengganu. Usah bimbang untuk bawa beg macam ini kerana pihak chalet akan menyediakan kenderaan untuk mengangkut beg. 

Sampai di Airport kami ke kaunter teksi.Tambang teksi dari airport ke Jeti Shah Bandar lagi murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak chalet. Jika kita menggunakan perkhidmatan chalet, RM30 dikenakan untuk seorang dewasa dan RM15 untuk kanak2. Untuk kami sekeluarga = RM105. Kami membuat keputusan untuk teksi airport kerana tambang sememangnya murah.

Tambang teksi dari airport Kuala Terengganu ke Jeti Shah Bandar cuma RM30 sahaja. Perjalanan dari airport Kuala Terengganu ke jeti Shah Bandar mengambil masa 25-30 minit.

Kami sampai di Jeti jam 9.10 pagi. Kami terus ke kaunter tiket feri. Semuanya telah diuruskan oleh pihak chalet. Banyak kaunter feri di sini. Pastikan anda ke kaunter yang disediakan oleh pihak chalet atau resort pilihan anda. Anda perlu berada di jeti sekurang-kurangnya 30 minit dari jadual feri bertolak. Anda akan diberikan tiket pergi dan balik. Tiket tersebut telah dicop tarikh dan masanya. Sila simpan tiket feri untuk pulang nanti elok2 ya. 

Inilah feri yang membawa kami ke Pulau Redang. Sebelum masuk, pekerja feri akan bertanyakan anda "chalet atau resort mana?". Pengunjung akan diasingkan mengikut chalet atau resort. Kami berada di tingkat bawah. Sila letak beg anda ditempat beg yang disediakan.

Inilah suasana dalam feri  tersebut. Beraircond dan selesa. Usah bimbang jika anda bawa anak2 kecil ataupun anda pregnant. Anda cuma perlu risau jika anda mabuk laut je. Pastikan bagi sesapa yang mabuk lauk sediakan barang yang sepatutnya seperti plastik, minyak angin, ubat dll. Alhamdulillah, kami tidak mengahadapi masalah mabuk laut kerana feri ini besar dan tak rasa ombaknya.

Bila feri bergerak, sempat ambil view sepanjang perjalanan.

View 1

View 2

Vroommmmmm feri berlabuh.....akhirnya kami sekeluarga terlena. Ngantuk oooo...bangun awal nak ke airport pepagi lagi. Perjalanan dari Jeti Shah Bandar ke Pulau Redang mengambil masa selama 1 jam 45 minit.

Kami tersedar dari tidur, bila feri seolah2 berhenti. Indahnya ciptaanMu.

Bye2 feri

Kami di transfer dari feri yang besar ke bot ini. 

Indahnya pemandangan di Pulau Redang.

Akhirnya sampai juga kami ke Pulau Redang.

4 comments:

  1. hi sis.. nk tnye skit bole.. kalo tmbg teksi dr airport ke jeti shahbndar bpe? 30inggt utk satu trip ke, atau 30 sorg? muat bpe org satu teksi?

    ReplyDelete
  2. hi sis.. nk tnye skit bole.. kalo tmbg teksi dr airport ke jeti shahbndar bpe? 30inggt utk satu trip ke, atau 30 sorg? muat bpe org satu teksi?

    ReplyDelete
  3. Slm sejahtera..
    Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
    Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Memang nak cerita pengalaman naik feri je ke 😩

    ReplyDelete