-

Tuesday 31 December 2013

Sudah Sekolah Menengah

Along dah sekolah menengah. Hari ini merupakan hari orientasi untuk pelajar2 tingkatan 1. Seramai 462 pelajar tingkatan 1 dan 63 pelajar kelas peralihan di sekolah ini.

10 kelas disediakan untuk tingkatan 1, setiap kelas terdapat 45-47 orang pelajar. Manakala untuk kelas peralihan cuma 1 kelas dan menampung 63 pelajar.

Tertanya2 dimanakah kelas Along. Alhamdulilah, Along ditempatkan dikelas ke 3 dari 10 kelas. Kelas pertama dan ke2 terdiri daripada pelajar2 yang mendapat 5A dan 4A.

Keputusan yang lalu biar berlalu. Usaha dah dilakukan mungkin belum rezekimu untuk memperolehinya. Usah termenung dan tertanya2 mengapa dan kenapa nak. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Mulakan dengan perjalanan yang baru. Perjuangan & usaha perlu diteruskan. Mama dan papa sentiasa akan membantumu. Mama & papa tahu kesungguhanmu dalam pelajaran. Teruskan usaha dan tawakallah.


Dokumen yang perlu dibawa semasa orientasi

Pelajar2 tingkatan 1

Ibubapa mendengar taklimat. Ramai yang berada diluar dewan memandangkan masing2 membawa anak kecil.
Selepas habis taklimat. Ibubapa perlu ke kelas anak2 untuk membuat pembayaran. Dan seterusnya perlu mengambil buku teks.
 
19 buah buku untuk tingkatan 1

No comments:

Post a Comment