-

Thursday, 3 April 2014

Steamboat Buffet @ D'sandakan Seafood Paradise




Kami kelaparan setelah penat melawat Sandakan Memorial Park,Agnes Keith House, Pasar Umum Sandakan & Perkampungan Air. Kami mengambil keputusan untuk menikmati steamboat buffet @ D'sandakan Seafood k Paradise.





Harga steamboat buffet untuk dewasa RM22 dan kanak-kanak RM11.Ketam, kerang, sotong dan udang menjadi pilihan utama kami. Bebola yang pelbagai pelbagai perisa menjadi pilihan yang ke2.

Setelah setengah jam kami makan, hujan turun renyai2. Meja kami kemudiannya di alihkan ke khemah yang disediakan. Asalnya kami pilih tempat yang open air.




Ice-cream, ABC, mee goreng, kuey teow goreng, nasi goreng,manisan,2 jenis minuman dan buah-buahan disediakan untuk buffet ini. Disini juga anda boleh order makanan goreng2 dan seafood pelbagai masakan. Bagi kami, harga dan makanan yang disediakan berpatutan dengan harga yang dikenakan.

Kami kekenyangan setelah sejam setengah kami berada di sini. Jam 9.15 malam kami sampai di hotel. Masa untuk merehatkan badan. Esok awal2 pagi kami bertolak ke 4 destinasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment