Gua Gomantong terletak di daerah
Sukau. Perjalanan dari Bandar Sandakan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai
di gua ini. Kami dari Sandakan ke Sepilok(30-45minit). Dari Sepilok ke Labuk Bay(20-30 minit). Dari Labuk Bay ke Gua Gomantong(60-70minit).
Untuk sampai di Gua ini kami melalui kawasan kelapa sawit.
Kami singgah lunch sebelum sampai di
Gua Gomantong kerana kami kelaparan. Selepas mengunjungi Gua Gomantong, kami
akan ke destinasi terakhir untuk menamatkan hari ke 2 kami di Sandakan.
Gamontong
adalah sebuah bukit batu kapur yang terbesar di Sabah. Di kenali sebagai Gua
Gamontong kerana terdapat 27 gua2 kecil batu kapur yang didiami oleh burung layang-layang.
Sarang burung layang-layang mahal harganya. Sarang ini terdapat di tempat yang
tinggi dan sukar untuk untuk mendapatkan sarang tersebut. Sarang burung layang-layang
yang perbuat dari air liur burung lebih berharga nilainya.
Pengunjung
hanya boleh memasuki kawasan Simud Hitam sahaja. Pengumpul sarang burung ini
sanggup menggadaikan nyawa dengan memanjat sehingga ke bumbung gua menggunakan
hanya tangga rotan & tali.
Along, Mukhriz & Travel Agent (Arthur) |
Jom kita meredah hutan untuk ke Gua Gomantong. |
5-10 minit untuk sampai di Gua ini. |
Jom kita masuk ke dalam gua. |
Disini terdapat pondok pengawal. |
Comel je sarang burung layang-layang ini. Ini sarang burung biasa. Sarang burung yang diperbuat dari air liur burung berwarna putih yang mahal dan terdapat yang tinggi. |
Banyak lipas. |
Jumpa lipan |
Tali yg digunakan untuk meletakkan tangga untuk memanjat mengambil sarang burung. |
View Gua Gomantong |
Pencahayaan Gua Gomantong |
Tali & tangga ini digunakan untuk mengambil sarang burung |
Along & Mukhriz kepenatan. |
No comments:
Post a Comment