Kami singgah di Kampung Sim-sim untuk melihat kehidupan
masyarakat yang menginap di Perkampungan Air Sandakan.
Jambatan menjadi penghujung antara rumah ke rumah, dan dari rumah ke jalan raya. Setiap jambatan terdapat banyak buah rumah. Setiap jambatan ada nombornya.
Jambatan no 1- 15 kebiasaannya di duduki oleh penghuni2 yang
bukan bangsa sabahan/malaysia. Jambatan yang mempunyai no lebih dari 15
diduduki bangsa sabahan/Malaysia. Di sini jambatannya diperbuat dari konkrit
dan persekitaran bersih berbanding jambatan no kurang dari 15.
Setiap rumah kelihatan ada perahu2 kecil.
Kami diberi penerangan tentang perkampungan air ini. Mukhriz pula leka memerhati perahu2 kecil di penghujung jambatan.
Ini adalah rumah yang sedang dibina di penghujung jambatan. Jambatan yang disambung diperbuat dari papan terlebih dahulu. Kemudian sambungan jambatan konkrit akan dibina.
No comments:
Post a Comment