-

Tuesday, 1 April 2014

Taman Peringatan Sandakan atau Sandakan Memorial Park



Taman Peringatan Sandakan atau Sandakan Memorial Park terletak di pinggir Sandakan, Sabah Borneo.


Sandakan Memorial Park  dibina untuk memperingati para tawanan perang Australia & British yang ditangkap oleh pihak Jepun di kem tawanan perang Sandakan. Mereka  menderita dan terkorban disini. Taman ini juga dibina untuk memperingati pengorbanan & perjuangan rakyat tempatan
Free Admission. Dibuka jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Terdapat sebuah kolam yang dipenuhi dengan pokok teratai air bila anda melangkah Sandakan Memorial Park.


Boiler @ Sandakan Memorial Park–penjanaan kuasa elektrik untuk Kem Tawanan Perang Sandakan.


  Excavator @ Sandakan Memorial Park –mesin pengorek yang digunakan semasa pembinaan lapangan terbang.



  Terdapat banyak nofis yang menceritakan bahan-bahan sejarah disini. Jom kita baca sejarah ini.Terdapat juga tayangan video. Along & Mukhriz suka Sejarah. Leka mereka ber2 menonton video yang disediakan.


Model yang mengambarkan kem sebenar.


 Satu batu peringatan dibina disini. Setiap tahun, pada 15 ogos warga Australia datang ke sini sebagai tanda ingatan kepada mereka yang berjuang.

Taman ini dijaga rapi dan laluan konkrit dan jambatan dibina untuk memudahkan pengunjung ke tempat ini.



Terdapat pelbagai tumbuhan di taman ini. Ini ialah halia liar.

No comments:

Post a Comment