-

Showing posts with label Kem. Show all posts
Showing posts with label Kem. Show all posts

Thursday, 11 April 2013

Kem Herba Sungai Congkak

3D2N (5-7 April) Kem Ibadah Mawar @ Kem Herba Sungai Congkak

Sepatutnya selama 3 Hari 2 Malam, Along mengikuti Program Kem Ibadah Mawar. Namun Along tidak dapat mengikuti program tersebut sampai ke penghujungnya kerana pada 7 April (Ahad) Along ada pertandingan Pidato bagi sekolah Agama sedangkan Program Kem Ibadah ini anjuran Sekolah Kebangsaan.

Kem Herba Sungai Congkak

Pulang dari Perfect Livin, En.H mengambil saya di LRT Sri Petaling  dan terus ke Kem Herba. Agak jauh perjalanan untuk sampai di Kem Herba ini. Hampir sejam lebih juga mahu sampai disini. Tambah2 lagi semasa ke sana hujan renyai2, agak jem untuk sampai ke destinasi.

Ketika saya sampai, kelihatan juga keluarga lain juga sedang mengambil anak2 mereka untuk pertandingan keesokan harinya. Ada juga pelajar2 yang ustaz atau ustazah yang bawa pulang ke rumah.



Jam menunjukan pukul 6.50 petang. Peserta2 kem bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Masing2 dengan pakaian solat dan fail untuk program seterusnya. 

Along sangat gembira melihat mama, papa dan Mukhriz datang. Tersenyum lebar dan terus ke bilik untuk mengambil pakaian dan kasut untuk pulang.Semangat betul dia nak bertanding pidato esoknya. TAPI Along juga beritahu program ini pun best. 

Ada seorang dari kawannya tarik diri untuk menghadiri pertandingan semata2 untuk teruskan program Kem Ibadah ini. Nak buat macam mana bila tarikh overlap. Walaupun Along balik awal dari tarikh akhir program, Along tetap dapat sijil penyertaan. Bukan Along sahaja yang balik awal, tetapi ramai peserta.



Along terus bercerita pada Mukhriz "tengahari tadi Along main air terjun sejam lebih, best dikk". Apa lagii Mukhriz pun meronta2 nak main air juga walaupun ketika itu dah nak Maghrib. Layan je la Mukhriz tuu kejap, bagi dia rasa air. Sebelum Maghrib kami pun pulang dari Kem Herba ini.

Friday, 5 April 2013

Khemah Ibadah @ Kem Herba Sungai Congkak

Khemah Ibadah @ Kem Herba Sungai Congkak(5-7 April )


Jam 3.00 petang tadi Along dan rakan2 sek kebangsaan telah bertolak ke Kem Herba Sungai Congkak untuk mengikuti Khemah Ibadah. En.H yang menghantar Along ke Sekolah lepas solat Jumaat tadi. 

Bila anak nak menduduki periksaan, macam2 program motivasi dari pihak sekolah. Tujuannya untuk memberi keyakinan emosi dan keyakinan untuk berjaya dengan Cemerlang. Yang Penting: USAHA, DOA & TAWAKAL. 

Program ini diadakan selama 3 hari iaitu dari hari jumaat-ahad. Namun, Along hanya akan berada disana cuma 2 hari saja. Perkara ini disebabkan Along akan menyertai Pertandingan Pidato untuk Sekolah Agama pada hari Ahad. 

Jam 4.00 petang tadi baru dapat call dari pihak Sekolah Agama bertanyakan "Adakah Along akan hadir Ahad nanti?" Jawapaannya "Akan Hadir", kerana kami sekeluarga akan ke Kem Herba petang esok untuk menjemput Along pulang ke rumah untuk persediaan akhir pertandingan itu pada malam esok. 



Along & Rakan2 bergambar sebelum menaiki bas untuk mengikuti Khemah Ibadah @ Kem Herba Sungai Congkak.

Bas sedang menunggu para peserta.