-

Friday, 4 April 2014

Pusat Pemulihan Orang Utan SEPILOK



 

Hari ke 2 kami di Sandakan, kami ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok. Ianya terletak di Batu 14, Jalan Labuk, Sandakan. Jam 8.15 pagi, travel agent telah mengambil kami di lobi hotel. Perjalanan ke sana mengambil masa 30-40 minit.

Untuk ke Sepilok terdapat banyak cara, antaranya mengunakan bas dari Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk. Bas tersebut  berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas.   Tambang bas yang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan perlu berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan berjalan sejauh 0.5 km ke dalam.   Boleh juga menyewa teksi untuk 2 ways sekitar RM100.00 (harga boleh dirunding dengan pemandu teksi)


Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dibina pada 1964. Tujuannya ialah untuk memberi penempatan dan pemulihan kepada anak Orang Utan yang terbiar. Setiap tahun hampir 100,000 pelawat dari seluruh dunia mengunjungi tempat ini. 

Pusat ini terletak  di hutan simpan tropika seluas 4,294 hektar dan diuruskan oleh pusat perhilitan Jabatan Hidupan Liar Sabah. Setelah Orang Utan di Sepilok berjaya dipulihkan, mereka akan dihantar semula ke dalam hutan tebal dengan menggunakan helicopter. 


Disini, anda berpeluang melihat Orang Utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Orang Utan merupakan haiwan yang mempunyai genetik yang hampir sama dengan manusia iaitu  96.4%. Pengunjung boleh melihat Orang Utan dengan lebih dekat semasa Orang Utan diberi makan. Waktu makan Orang Utan ialah pada 10 pagi & 3 petang.


Tayangan video tentang cara pemulihan Orang Utan juga disediakan. Anda boleh menonton secara percuma di bilik tayangan yang disediakan. Kami sempat menonton video ini jam 9.00 pagi dan tayangan ini selama 30 minit. Di tempat ini anda boleh menyimpan barangan anda seperti beg, minuman dll didalam locker yang disediakan secara percuma untuk mengelakkan barangan anda di ambil oleh Orang Utan semasa anda melihat mereka.

 

Harga tiket bagi pemegang Mykad: Dewasa RM 5.00. Bawah 18 tahun RM 2.00. Lain-lain: Dewasa RM30.00 Bawah 18 tahun RM15.00. Bayaran RM10.00 dikenakan untuk penggunaan kamera.


Beberapa gambar diselitkan untuk tatapan pembaca blog saya.

Kami diberikan Ponche ini oleh travel agent kerana hari hujan. Anda juga boleh mendapatkan Rain Coat ini di kaunter tiket dengan harga RM5

Hujan Oh Hujan. Tidak mematahkan semangat kami untuk melihat Orang Utan dengan lebih dekat.

Jom Kita lihat dengan lebih dekat.









No comments:

Post a Comment