-

Showing posts with label Katalog. Show all posts
Showing posts with label Katalog. Show all posts

Friday, 23 August 2013

Redeem Bonuslink - Dapat Thermo Pot

Redeem Bonuslink - Dapat Thermo Pot

Sebelum Raya tengok catalog redemption bonuslink. Tengok punya tengok tergoda pula dengan barangan yang ditawarkan dari Katalog "Kitchen Essentials". Apa lagi terus hantar email redeem Morgan 5L Thermo Pot dengan 12,100 point. Maka dapatlah Thermo Pot free last week hasil redeem point dari bonuslink itu. Lama juga la nak mengumpul point2 ini untuk ditukarkan dengan hadiah. Saya mengumpul point bonuslink ini dengan mengisi minyak di Shell. 

Redeem pada 02 Ogos. Ingatkan penghantaran barangan tersebut lambat, TAPI cepat pula penghantarannya. Perkhidmatan City Link di gunakan untuk menghantar barangan ini. 

Penghantaran pertama adalah pada 7 Ogos(Rabu). Kami sudah berada di kampung menyambut Aidilfitri. Penghantaran ke 2 dibuat sekali lagi iaitu pada 13 Ogos(Selasa), masa ini kami dalam perjalanan dari kampung ke KL. Dan sebelum penghantaran ke 3, saya mendapat call dari pihak City Link untuk menghantar barangan ini sekali lagi pada 17 Ogos (Sabtu) sebelum jam 1 tengahari. Alhamdulilah, kami ada di rumah ketika itu. Dan penghantaran barang ini dapat diserahkan juga kepada saya.

Wednesday, 22 February 2012

Katalog IKEA

Katalog IKEA digantungkan disetiap pagar di kawasan perumahan kami

Baru dapat katalog ikea yang bertajuk "STORAGE & ORGANISE". Pihak IKEA selalu menghantar katalog ini ke kawasan perumahan kami. Caranya  ialah dengan mengantungkan setiap katalog IKEA di setiap pagar rumah. Walaupun hari hujan, katalog ini selamat untuk dibaca kerana diletakkan didalam plastik.

 
Page11

Page29