-

Showing posts with label Arwah Feqah. Show all posts
Showing posts with label Arwah Feqah. Show all posts

Monday, 25 May 2015

Genap 3 tahun Arwah Feqah Insyirah Menghembuskan Nafas Terakhir

Hari ni, tanggal 25/05/2015, jam 8.50 malam, genap 3 tahun arwah Feqah Insyirah menghembuskan nafas terakhirnya. Hadirnya memberi kebahagiaan dan kembalinya ke Rahmatullah membuatkanku semakin sujud padaMU Ya Allah.

Terima kasih, Ya Allah kerana memberikan ku peluang memiliki anak perempuan walaupun hanya seketika. Berbahagialah anakku di alam barzakh yang pastinya terlalu indah buatmu. Allah lebih menyayangimu. Pastinya anak kecil ini menjadi ahli syurgaMu kelak, terlalu indah pemberianmu Ya Allah.

Walaupun terpaksa menanggung rindu yang mendalam TAPI kami Redha dengan ketentuanMu kerana itulah yang terbaik untuk anakku, arwah Feqah Insyirah dan itulah yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya, segala dugaan dan rintangan ini kami tempohi dengan penuh kesabaran. Dirimu terlalu istimewa buat kami.

Sunday, 25 May 2014

2 Tahun berlalu tanpamu anakku (Arwah Feqah Insyirah)

Al-Fatihah buatmu, anakku Feqah Insyirah.



Hari ini genap 2 tahun. Ya Allah, terima kasih menganugerahkan insan yang bernama Feqah Insyirah kepada kami. Hadirnya terlalu istimewa  dan hadirnya memberi sinar kebahagiannya kepada kami.

Walau hanya mampu menyimpan kenangan hanya 4 tahun 10 bulan. Namunnya ianya terlalu bererti buat kami. Kini, kami menyimpan rindu dan kesepian yangmendalam terhadap insan yang bernama Arwah Feqah Insyirah.

Dengan izinMU, Ya Allah,  kami Redha. Di saat, nafas akhirnya, saya sempat berbisik di telinganya “Feqah, mama dan papa sayang kamu nak, mama dan papa tahu Feqah juga sayang mama dan papa. Mama tak sanggup tengok Feqah sakit. Ya Allah, berikan yang terbaik untuk anakku, aku Redha dengan ketentuanMU”. 

Di saat itu juga, saya membelai rambutnya dan suamiku meribanya untuk di bawa ke hospital. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, dirimu menghembuskan nafas terakhir dengan begitu tenang sekali.

Disaat doctor mengesahkan “anak ini telah meninggal dunia baru beberapa minit sebelum tiba di hospital”. Saya hanya mampu memegang erat tangan suamiku, lalu berkata “Mama Redha, anak kita dah dikembalikan, Allah hanya mahu kita jaga hanya 4 tahun lebih sahaja”. 

Tiada kata2 lain dapat diucapkan. Hanya gengaman tangan dipegang erat. Setenang-tenang air kami menerima berita ini, lalu berita ini disampaikan kepada Along & Mukhriz. Kami ber5, bergambar buat kali terakhir dimana arwah Feqah Insyirah telah terbaring kaku di atas katil berselimutkan kain putih. 

Maka  bacaan surah Yassin  kedengaran di hospital tersebut. Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Terlalu banyak pertolonganMu Ya Allah. Segalanya urusan di permudahkan. Yang tinggal hanya kesabaran & kerinduan yang mendalam.

Pastinya dirimu sedang berbahagia di alam sana. 

Thursday, 2 January 2014

Andainya kau masih ada

Image google

Andainya kau masih ada anakku (arwah Feqah Insyirah)
Pastinya dirimu melangkah ke Sekolah Kebangsaan & Sekolah Agama
Pastinya satu pengalaman baru bagimu anakku
TAPI
Semua itu hanyalah mimpi dan tak mungkin ianya tercapai

Andainya kau masih ada nak,

Pasti mama sudah tidak berkerja lagi disaat ini
Pasti mama yang akan mengurusmu
TAPI
Allah lebih menyayangimu

Andainya kau masih ada nak,
Pasti suasana rumah semakin meriah
Pasti semua anak2 mama&papa dah bersekolah
TAPI
Semua itu tinggal kenangan, kerinduan terhadapmu terpahat dalam sanubari 


Duhai anakku, PASTINYA dirimu terlalu bahagia di alam sana.

Sunday, 26 May 2013

Genap setahun Arwah Feqah Insyirah Kembali ke Rahmatullah


25/05/2013(Sabtu) genap setahun arwah Feqah Insyirah kembali ke Rahmatullah.Terima kasih Ya Allah kerana telah meminjam arwah Feqah Insyirah kepada kami


Mati itu pasti. Kematian arwah Feqah Insyirah disebabkan oleh Bronchopneumonia yang sering melanda kanak2 dibawah umur 5 tahun. Begitu senang dirimu menghembuskan nafas terakhir setelah mengalami sesak nafas hanya beberapa ketika sahaja. 
 


Allah dah aturkan yang terbaik buatmu duhai anakku Feqah Insyirah. Allah lebih menyayangimu duhai anakku.  Kami redha dengan ketentuan Ilahi. Segala urusan telah dipermudahan. 

Sesungguhnya, rahmat Allah terlalu banyak buat kami, dan kami tidak mampu untuk menidakkannya. Kami mencari sinarMu Ya Allah.

Terima Kasih Ya Allah atas segala-galanya.  Terima kasih Ya Allah kerna berikan ku ketabahan untuk melalui semua ini dengan penuh ketenangan. Walaupun kadang-kala rasa rindu kepada arwah Feqah Insyirah membuatkan air mata mengalir tanpa disedari.

Wednesday, 27 March 2013

Melawan Kesepian



Kadang-kala bila kerinduan dan kesepian itu datang, buatkan aku terdiam seketika. Hati berlawan dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Tanpa sedar mata akan berkaca dan kadang-kala tewas dengan perasaan itu. Airmata kan membasahi pipi tanda disedari.


Ketika itu hati berkata "Ya Allah berikan aku kekuatan, berikan aku kesabaran". Sesungguhnya hati seorang ibu tidak boleh lari dengan perasaan rindu terhadap anak kecil itu (arwah Feqah Insyirah).

google image

Terlalu sukar untuk melawan kesepian hati ni takkala tiupan rindu tu datang. Perasaan ini bergelombang antara Sayu, Syahdu dan Syukur. Sayu kerana terlalu rindu akan kamu duhai anak (arwah Feqah Insyirah). Syahdu kerana tiada lagi gelak tawamu duhai anak (arwah Feqah Insyirah). Syukur kerana mama tahu kamu lebih bahagia di Alam sana.



Apapun yang terjadi. Berikan aku kekuatan. Aku Redha dengan ketentuanMU. Berjalanlah tanpa henti, semoga mampu kulawan kesepianku.Terima Kasih Ya Allah kerna aku masih miliki 2 orang anak (Along & Mukhriz).

Monday, 5 November 2012

Kawan2 arwah Feqah Insyirah di Concert & Graduation Tadika Jalinan City 2012

Kawan2 arwah Feqah Insyirah sedang beratur untuk membuat persembahan

4 Nov 2012 (ahad) Tadika Jalinan City mengadakan Concert & Gradution Day. Kebiasaannya setiap tadika pastinya akan mengadakan majlis ini pada setiap hujung tahun. Walaupun arwah Feqah Insyirah sudah tiada di dunia ini, NAMUN saya dan keluarga saya tetap hadir pada majlis tersebut. Sekurang2nya terubat rindu ini apabila melihat gelagat anak2 lain yang sebaya dengan arwah.


Persembahan dari kanak2 5 tahun

Saya ke majlis tersebut jam 10 pagi sedangkan majlis bermula jam 8.00 pagi. Kami hanya mahu melihat persembahan dari kanak2 tadika 5 tahun sahaja. Kebetulan semasa saya sampai. Kanak2 5 tahun sedang beratur untuk memulakan persembahan. Selepas persembahan tersebut, kami  ke Shah Alam untuk urusan seterusnya.

Kawan2 sekelas arwah Feqah Insyirah & Teacher Sarah

Guru2 Tadika Jalinan City, bertanya saya & En.H "Encik & Puan ok ke?. Encik & Puan tak sedih ke bila tengok concert ini". Jawapannya "hanya kami yang tahu". Apa pun sesungguhnya  arwah Feqah Insyirah sedang berbahagia di alam sana.

Shakila ini merupakan kawan rapat arwah. Arwah selalu sebut nama Shakila ini  kat rumah. Macam2 cerita Shakila disebut oleh arwah. Main dengan Shakila la, tidur dengan Shakila la, share makanan dengan Shakila dll.

Kekadang jika kami berjumpa kawan2 arwah. Mereka masih bertanya "uncle...feqah dah meninggalkan" ataupun "aunty...feqah dah meninggalkan". Ya Allah...sayu rasa dihati.

Mereka2 inilah yang sering bertanyakan "Uncle, Aunty...Feqah dah meninggalkan"

Pastinya mereka juga tertanya2 tentang kematian arwah. Mereka masih terkejut dengan pulangnya arwah Feqah Insyirah ke Rahmatullah kerana detik 25 May 2012 lalu, arwah yang sangat happy ke tadika bergurau senda dan bermain dengan mereka. Kanak2 ini juga terkejut bila diberitahu yang arwah sudah tiada di dunia ini.

Saturday, 1 September 2012

100 hari tanpamu arwah FeqaH InsyiraH


Hari ini genap 100 hari pulangnya arwah Feqah Insyirah ke Rahmatullah. Dugaan ini kami lalui dengan penuh kesabaran. 

Sesungguhnya disebalik kesulitan pasti ada kemudahan. Terima Kasih Ya Allah kerna berikan kami sekeluarga kekuatan & kesabaran  untuk menempuhi kehidupan ini tanpa anak kecil ini.

Dulu bukan bermakna kami lupakan Mu YA ALLAH tapi kadang-kala kami lalai dan sering melengah-lengahkan tuntutanMU.

Kini, Alhamdullilah kami kini sering menjadi penghuni rumahMU(masjid/surau). Kenikmatan yang KAU berikan tidak ternilai YA ALLAH. Anak kecil yang bernama Feqah Insyirah telah terpilih untuk menjadi salah seorang penghuni SyurgaMU. 

Dan kami rasa sangat bersyukur kerana KAU bukakan hati kami untuk semakin sujud PadaMU. Kenikmatan dan ketenangan yang Kau berikan itu terlalu Agung YA ALLAH. 

Surat Pengesahan kematian Arwah Feqah Insyirah.

Monday, 13 August 2012

5th Birthday - DiriMu Sudah Tiada Lagi Di Dunia ini

27 July 2012(image google)

Tiada lagi insan yang bernama Feqah Insyirah di dunia ni pada tanggal 27 July 2012. Tarikh  27 July kan tetap menjadi tarikh yang bermakna pada diri saya  kerana tarikh 27 July lahirnya seorang anak perempuan daripada rahim ini iaitu Feqah Insyirah.

Walaupun dirimu (arwah Feqah Insyirah) sudah tiada bersama kami. Yang pasti dirimu(arwah Feqah Insyirah) sedang melalui kehidupan di alam lain yang penuh kenikmatan dan keindahan yang hanya kamu mengetahuinya.

Mama, papa dan abang-abangmu sangat rindu akan dirimu(arwah Feqah Insyirah). Tapi kami pasti dirimu(arwah Feqah Insyirah) lebih bahagia di sana. Kasih ALLAH padamu tidak dapat dibandingkan dengan kasih kami duhai anakku. Dirimu sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi ahli syurga tanpa perlu dihisab. Ya Allah sungguh agung nikmatMu itu terhadap anak kecil ini.

Kini, kerinduan itu kami ubati dengan mendekati Allah. Kami tahu Allah dekat dengan kami dan Allah tidak akan pernah beredar daripada kami kerana ALLAH adalah Tuhanku yang Maha Penyayang. Berikanlah kami rahmat dan hidayahMu untuk kebahagian kami sekeluarga di dunia dan juga di akhirat kelak.




Friday, 10 August 2012

Kenangan di Hari LahirMu - 4th Birthday (Hard Rock Hotel, Penang)

Kenangan terakhir ketika menyambut 4th Birthday untuk arwah Feqah Insyirah. Sesungguhnya terlalu indah memiliki insan kecil ini. Belum sempat menyambut hari lahir ke 5, anak kecil ini telah kembali ke Rahmatullah dalam keadaan tenang. 

Welcome drink @ lobi Hard Rock Cafe Penang
Birthday terakhir (4th birthday)

Anak ini sangat happy dapat hadiah berwrapping gambar yang sama dengan baju tidurnya. Peluk hadiah sampai tertidur.
 
Sangat Happy dan sangat lasak

Along melayan kerenah birthday girl.



Along & Birthday girl
Singgah sebentar di Hard Rock Shop. Selesai beli t-shirt. Jom kita balik KL.

Thursday, 9 August 2012

Kenangan di Hari LahirMu - 3rd Birthday (Avillion Cove PD)

Happy 3rd Birthday Feqah Insyirah

Sangat HAPPY dapat sandal yang berwana Pink

Gara2 terlupa bawa pelampung. Kami Ke Teluk Kemang untuk membelinya.

Feqah Insyirah yang berselera ketika breakfast

Mereka ber3 penghibur suka duka ku

Majlis Kesyukuran BuatMu

Berusia 2  1/2 tahun. Syukur anak ini telah sihat sepenuhnya.
Majlis Kesyukuran dibuat sempena arwah Feqah Insyirah berumur 2 1/2 tahun. Rasa syukur kehadrat ILAHI atas segala urusan yang dipermudahkan. Alhamdulilah akhirnya arwah Feqah Insyirah kini normal seperti kanak2 lain. Perkembangan arwah Feqah Insyirah sangat positif. Arwah seorang a nak yang sangat bijak, sangat fokus, senang mempelajari al-quran. Sangat bahagia dengan tingkah lakunya.

Seekor lembu dikorbankan untuk Majlis Kesyukuran ini. Majlis ini diadakan sempena tanda syukur setelah Arwah sihat sepenuhnya.

Kenduri diadakan pada hari ke 2 raya haji iaitu 28 Nov 2009(sabtu) . Kenduri ini dibuat di rumah keluarga En.H. Seekor lembu telah dikorbankan untuk majlis kesyukuran ini. Kebetulan hari ni juga merupakan hari lahir En.H yang ke 3* tahun. Memandangkan majlis ini berkaitan dengan arwah Feqah Insyirah maka ramai yang datang usik2 arwah. Maka berkepit la arwah dengan saya ke sana ke mari. Nak snap gambar pun tak sempat. Lagipun tetamu ramai, tambah-tambah lagi kenduri itu kenduri kita.  Baru tau penat rupanya buat kenduri. Patut la mak ayah kalau sesekali buat kenduri tak cukup tidur.  
 


Bingkisan untuk tetamu yang hadir


Arwah seorang yang sangat kuat semangat. Arwah hadapi kehidupan dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Arwah kekadang agak kerap sakit perut. Bila sakit perut, arwah akan berdiam diri tapi rengetan atau menangis. Senang  nak jaga arwah ni. Belaian ibu dan ayah yang mampu meredakan kesakitannya.  Kebiasaannya kanak2 yang normal pun kekdg ada sembelitnya. Inikan pula arwah yang terpaksa menjalani 2 pembedahan, sebab itulah arwah agak kerap sakit perut.

Wednesday, 8 August 2012

Kenangan di Hari LahirMu - 2nd Birthday (Tiara Beach Resort, PD)

Kek untuk 2nd Birthday

Semakin ceria

Birthday girl tgh mengarah bapanya. Nak gi sana nak gi sini.

 Bapa & Birthday Girl

Kenangan Di Hari LahirMU- 1st Birthday ( A Famosa Resort)

Kek Dora untuk 1st birthday

My 3 kidz

Menyambut  Birthday yang pertama