Senarai buku2 tahun 6 sesi persekolahan 2013 |
8/12/2012 (sabtu) saya telah Ke Kedai Buku Sekolah- Beli Buku Sesi Persekolahan 2013. Ketika mendapat buku Tahun 2 saya check buku yang diberi satu persatu. TETAPI ketika saya diberi buku tahun 6 saya tidak check kesemuanya. Saya cuma check sekalis imbas sahaja. TETAPI semasa buat pembayaran, saya agak keliru kenapa buku tahun 2 lebih murah jika dibandingkan buku tahun 6. Sedangkan tahun 6 akan ada peperiksaan UPSR. Seingat saya tahun 5 pun buku dah cecah RM100++. Tapi kenapa tahun ini ketika membeli buku tahun 6, cuma RM80++.
Pada
13/12/2012 (khamis) tergerak hati untuk membuka plastik yang berisi
buku2 tahun 6. Terkejut saya bila melihat buku2 latihan adalah buku Tahun 4. Hanya buku muzik & buku tulis sahaja yang betul. Buku2 lain
tertera Tahun 4. Alamak kenapa jadi begini? Geram rasanya ketika itu.
Kenapalah aku tak check betul2 masa beli? Kemudian terus membuka plastik
yang berisi buku2 Tahun 2. Alhamdulilah semuanya betul.
Resit pembelian buku |
Maka pada 15/12/2012 (sabtu) sekali saya ke Kedai Buku Sekolah untuk mendapatkan buku2 Tahun 6. Ketika sampai ada ibu pelajar yang sedang membeli buku tahun 6. Saya melihat ibu tersebut membuat pembayaran RM150++. Setelah selesai ibu pelajar tersebut. Saya pun memberitahu masalah saya kepada pihak Kedai Buku Sekolah. Akhirnya kesilapan itu diperbetulkan.
Inilah buku2 yang sepatutnya untuk Tahun 6. |
Rupa-rupanya buku sek kebangsaan untuk tahun 6 berjumlah RM152.50 kesemuanya. Saya kena topup lagi RM70.30. Saya duduk diatas kerusi dan kali ini saya check satu persatu sebab tak mahu kejadian sebelum ini berlaku lagi. Anak baru sekolah rendah pun buku dah cecah ratus2. Kalau dah sekolah menengah entah berapalah ya bab2 buku. Semua itu akan kita ketahui nanti bila anak2 membesar nanti.
No comments:
Post a Comment