-

Wednesday, 5 December 2012

Pantai Irama Bachok

Selepas selesai ke Majlis Bertandang di rumah pengantin Lelaki @ Pasir Puteh. Saya dan adik2 saya ke Pantai Irama Bachok. Tak rancang pun nak pergi pantai. Tetiba plan terus jadi itu pun masa nak keluar dari simpang rumah pengantin. Kami 3 kereta(10 Orang) sahaja yang pergi. Yang lain dah pulang ke rumah.


Pantai Irama Bachok

Mukhriz merajuk dan tak puas hati pada mama dan papanya. Katanya "buat apa datang pantai kalau tak bawa pakaian nak mandi". Tak plan pun nak ke pantai ini. Sebab tu tak bawa pakaian lain. Hanya selipar je yang ada, sebab dalam kereta memang ada selipar extra senang kalau nak singgah solat. Sebab anak2 saya memang pakai kasut kalau ke mana2. 
 Mukhriz minta mama dan papanya beli pakaian lain. Masalahnya kat sana tak ada jual pakaian la pula. Pujuk punya pujuk Mukhriz pun dah boleh tersenyum. Mukhriz dah gemuk sejak duk kat kampung, senang hati dan kuat makan Mukhriz ni kat kampung.

Akhirnya Mukhriz bersama Along, Fakri (sepupu Mukhriz) dan pakciknya main pantai. Sekadar main ombak sahaja. Basah seluar sikit je.

Tiada lagi 3 anakku. Kini hanya tinggal 2 permata hati. 2 beradik yang sedang membesar. Sesungguhnya anak itu pemberian Allah yang tak ternilai.


Mari kita menjamu selera. Nyum-nyum
Harga makanan di sini (Pantai Irama, Bachok) jauh lebih murah jika dibandingkan dengan makan di Pantai Cinta Berahi (PCB)

No comments:

Post a Comment