Minggu ini along dan Mukhriz mengikut papanya ke ofis dek gara2 tak mahu ke nursery. Beginilah situasi anak2 bila cuti sekolah. Sangat suka ikut papanya ke ofis. Nak ikut mamanya mana boleh. Terpaksalah papa mereka ikut kerenah mereka berdua. Mereka ber2 nii kadangkala buat bising juga kat ofis papanya. Bila dilarang senyap kejap, lepas itu bising lagi. Kekadang diberi warning kalau sapa2 buat bising lagi "tak boleh datang ofis". Kekadang warning tersebut tidak dihiraukan mereka.
Apa yang seronok sangat mereka gi ofis papa? Salah satunya bab makan. Papa mereka suka beli mcm2 makanan untuk umpan mereka supaya mereka tak mengadu lapar. Jadi time inilah mereka nak demand apa2 makanan sebab mamanya tak ada. Kalau mamanya ada pasti yang ada yang tak boleh dibeli.
|
Lepak2 di Starbuck setelah papa selesai urusan kerja. |
|
Amboi2 Mukhriz ini idea Mukhriz ya. Ajak papa ke sini ya. |
|
Kemudian along nak makan donut singgah di Krispy Kreme pula. |
|
|
Bagus gak anak2 mama ini siap belikan untuk mama lagi. Bodek mama ya. |
|
Inilah pilihan donut Krispy Kreme yang dipilih oleh 2 beradik untuk mamanya. |
No comments:
Post a Comment