-

Monday, 24 December 2012

Penat & Mengantuk



Hari ini sangat2 penat dan mengantuk @ Ofis. Tambah2 lagi suasana ofis yang  sunyi sepi dek staf2 yang ramai menghabiskan cuti tahunan masing2.  




Jam 4.00 pagi tadi baru sampai di KL. Perjalanan mengambil masa 9 jam lebih. Ini kerana keadaaan cuaca di Kelantan yang dibasahi dengan air hujan. Hujan berlarutan sejak 2 minggu lepas lagi. Separuh perjalanan hujan turun tak berhenti.



Pakaian Along & Mukhriz bertimbun2 perlu dibasuh. Sempat juga basuh pakaian mereka  sebelum datang ofis pagi tadi. Kini Along & Mukhriz sudah ada di KL kerana sesi persekolahan 2013 tak lama lagi. Memandangkan mereka masih tidak mahu ke nursery maka mereka ber2 akan mengikuti papanya ke ofis minggu ini.

No comments:

Post a Comment