Weekend lalu, kami ke Klang menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki (anak ke 2) kakak angkat kami di Klang. Kami sangat rapat dengan keluarga kakak angkat ini. Kami dah lama betul tak berkunjungan ke rumahnya.
Akhirnya setelah sekian lama tidak berjemu maka di Majlis ini kami bertemu lagi setelah hampir bertahun2 tak bersua. Kami sengaja datang lambat kerana kami nak duduk lama dan sembang2 dengan tuan rumah.
Walaupun kami agak lambat namun makanan masih banyak lagi. Cuma bekas2 makanan yang disediakan oleh pihak catering sudah ditukar dengan bekas2 tuan rumah. Seronok bila dapat jumpa dengan orang yang kita kenali setelah sekian lama tak jumpa. Sembang2 sampai ke malam. Imbas2 kisah lama2. Tergelak pun ada, termalu pun ada. Apapun kami rasa happy dengan persahabatan yang telah terjalin berbelas2 tahun lalu.
Tuan rumah siap tapaukan kami tapai ini. Sangat sedap tapai yang dibalut dengan daun pisang ini. Nyum-nyum.
No comments:
Post a Comment