Balik dari snorkeling @ open sea. Kami berehat sebentar menikmati minuman petang yang disediakan. Kuih dan bubur yang disediakan memang sedap. Kelihatan sudah ramai berada di pantai bermain pasir dan ombak.
Along pada mulanya tidak mahu membasahkan badan dengan air laut. Katanya dia nak join group lain main volleyball beach. Along sempat bermain volleyball beach tersebut. TETAPI akhirnya, Along menemani Mukhriz untuk main air laut. Tergodalah tu bila tengok adiknya happy je dilambung ombak.
Hampir 2 jam kami berada di pantai. Memang seronok menikmati keindahan alam. Bila tengok anak2 happy, pastinya sebagai ibubapa akan tersenyum. Bila balik ke bilik, perut lapar lagi. Kami terbayang2 minuman petang yang telah disediakan.
Jam 8.00 malam kami ke cafe untuk menjamu selera dengan menu BBQ. Pilih-pilih, dan sila bakar sendiri ya.
|
Petang : Hampir 2 jam kami berada di pantai untuk menikmati keindahannya |
|
Jom2 kita main air laut. Best tau!! |
|
Pada mulanya Mukhriz keseorangan kerana Along main volleyball beach dengan group lain. Namun, Mukhriz tetap happy bermain ombak |
|
Along join main volleyball beach |
|
Akhirnya Along join juga. |
|
Saya juga tidak melepaskan peluang bersama anak2 bermain pantai. |
|
Setelah 2 jam di pantai. Kami balik ke bilik. Perut kelaparan, terbayang2 minuman petang yang sedap ini. |
|
Jam 8.00 malam, kami dinner dengan menu BBQ. Masa kami sampai dah ramai yang dah siap makan. Pepun masih banyak lagi makanan yang ada. |
|
Pelbagai menu disediakan. Pilih2, jom kita bakar. |
No comments:
Post a Comment