Hari ke 2 di Pulau Redang, kami ke Marine Park jam 9.30 pagi. Tiket untuk ke Marine Park ialah Rm5 untuk dewasa. Kami bayar tiket di chalet. Nak ke Marine Park kami terpaksa meredah ombak untuk menaiki bot. Ini adalah snorkeling yang ke 2.
Jam 2.30 petang ada lagi snorkeling @ open sea. Kami tak join. Sebab dah kepenatan. Lagi pun pada hari pertama kami dah try snorkeling @ open sea.
Petang, kami keluar awal untuk main pantai. Main sampai puas kerana hari ke 3 kami akan pulang. Malam pula, kami bersiar2 sekitar chalet membeli keychain & T-shirt sebagai kenangan di resort bersebelahan chalet kami.
Hari ke 2, jam 9.30 pagi jom kita snorkeling @ Marine Park |
Beginilah keadaan kami meredah ombak untuk menaiki bot untuk ke Marine Park |
Sampai di jeti Marine Park |
Dengar briefing dulu, kami diberi masa 1 jam 45 minit untuk bersnorkeling |
Suasana @ Marine Park |
Masing2 dah ready untuk bersnorkeling |
Bergambar 1 family dulu |
Jom kasi ikan makan roti |
Ikan Oh Ikan. |
Seronok 2 beradik ni berada di sini. |
Masa 1 jam 45 minit tak cukup untuk mereka ber2. Bila panggil naik, mereka kata "jap,jap" |
Jom kita pulang, ada rezeki kita datang lagi |
No comments:
Post a Comment