-

Friday, 24 April 2015

3D2N Pulau Redang - Day 1 - Snorkeling @ Open Sea

Jom kita bersnorkeling @ open sea. Setiap pakej ada 2 kali snorkeling @ open sea iaitu pada hari pertama dan hari ke 2 setiap jam 2.30 petang. 

Pastikan anda memakai life jaket dengan betul ya. Anda akan berada di tengah laut yang air lautnya biru pekat dan anda tidak tahu berapa dalam lautan tersebut. Anda akan dapat melihat coral. 

Anda akan terpegun melihat keindahannya. Pastikan anda tidak tertelan air laut dan mata anda tidak terkena air laut, kerana memang masin airnya dan bila terkena mata pedihnya.

Masa kami sampai di tempat yang dituju, ada tanda2 hujan akan turun. Langit mendung. Bot terpaksa mencari kawasan yang lain kerana tempat yang pertama kami tuju nampak bergelora. Lama juga bot mencari2 tempat yang sesuai untuk berlabuh di tengah laut. Akhirnya, dapat juga kami bersnorkeling @ open sea.

Jom kita bersnorkeling @ open sea.


Kami perlu berjalan kaki dalam 7-12 minit menuju ke bot yang akan membawa kami ke tempat snorkeling tersebut.

Akhirnya sampai di jeti yang terdapat deretan bot2 yang akan membawa penumpang. 

Inilah bot2 yang akan membawa kami ke tengah laut.

Jom kita melangkah ke bot

Bergambar dulu 1 family 

Yahooooo....jom kita turun bersnorkeling. 

Bestnya dapat bersnorkeling

Ombak kuat, Mukhriz agak ketakutan. Pelampung diberikan kepadanya untuk mengimbanginya ketika bersnorkeling. Takut2 pun lama juga berada di lautan tersebut.

Times Up!!. Semua diminta naik ke bot. Along belum puas bersnorkeling. Along merupakan pernumpang yang ke 2 last naik ke bot. Pengalaman yang menarik untuk kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment