Kami memilih pakej yang ditawarkan oleh pihak Redang Lagoon untuk percutian kami ke Pulau Redang.
Kami memilih Redang Lagoon kerana:
1. Pemilik chalet ini adalah Islam
2. Chalet yang berdekatan dengan pantai dan kami sangat happy dengan suasana di sini.
3. Percutian kami kali ini adalah percutian budget.
Kami 3 Dewasa ( RM280X3=RM840 ) dan 1 kanak2 (RM160 ). Memadangkan kami book lepas 1 April, kena bayar GST 6% drpd RM1000 =RM60. Total pakej untuk kami sekeluarga, 3 dewasa & 1 kanak2 = RM1060. Life jaket(RM10 per pax), peralatan snorkeling & mask(RM10 per pax), dan tiket Marine Park(dewasa RM10 per pax dan kanak2 RM5 per pax)tidak termasuk dalam pakej ini.
Sepanjang kami berada disini selama 3D2N, kami berpuas hati dengan service yang disediakan.
Makanan yang disediakan disini adalah biasa-biasa sahaja. Minum petang memang sedap, kami tak boleh lupakan kuih dan bubur yang disediakan. Makan malam yang bertemakan BBQ juga menarik kerana kami perlu membakarnya sendiri.
Bilik yang disediakan juga luas. Bilik ini bersesuaian untuk mereka yang nak habiskan masa di luar bilik dengan aktiviti yang disediakan.Bagi kami, kami happy menginap disini kerana kami dapat bilik dekat dengan cafe dan pantai. Boleh dengar desiran ombak, nyamannya.
Bagi mereka yang datang untuk habiskan masa di bilik sahaja adalah tidak sesuai kerana tiada TV disediakan didalam bilik. Lagipun chalet ini diperbuat daripada kayu, boleh dengan setiap percakapan dari bilik2 sebelah.
Anda boleh layari website Redang Lagoon iaitu http://www.redanglagoon.com/ untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.
Inilah itinenary kami untuk 3D2N @ Pulau Redang |
Kami dihidangkan dengan menu tengahari. |
Jom kita jamu selera dulu sebelum check in. |
Bilik kami dekat dengan cafe & pantai. Dari bilik kami, kami akan dengar pengumuman untuk Snorkeling Time |
Inilah bilik untuk kami ber4. Ini Downstair, ada 1 queen bed dan beraircond. |
Ini pula bahagian upstair, ada 1 queen bed dan 1 single bed dan berkipas. Upstair agak panas sedikit di waktu petang tetapi bila malam angin pantai memang sejuk. |
Hari pertama kami sampai jam 12.00 tengahari. Badan dah penat dan mengantuk dek kerana bangun awal untuk ke airport. Sampai2, kami lunch dulu dengan menu yang disediakan. Bila check in, tengok katil terasa bestnya kalau boleh tidur. Tapi kami perlu bersiap sedia untuk snorkeling @ open sea jam 2.30 petang. Kami sekeluarga berkumpul awal sedikit kerana kami perlu bayar life jacket, snorkeling & mask(tidak termasuk pakej).
Slm..sy runner pekej utk redang lagoon dn juga bbrpe resort/chalet lain..
ReplyDeleteUtk pertanyaan dn keterangan sila call/wasap no ini..
0179799773 atau lawat fb page sy di..
Blackyellowholiday
Slm..sy runner pekej utk redang lagoon dn juga bbrpe resort/chalet lain..
ReplyDeleteUtk pertanyaan dn keterangan sila call/wasap no ini..
0179799773 atau lawat fb page sy di..
Blackyellowholiday