|
Inilah Istana Maimun, Juga dikenali sebagai Istana Putri Hijau. Merupakan istana kebesaran Kerajaan Deli. Istana ini didominasi warna kuning, warna kebesaran kerajaan Melayu. Pembangunan istana selesai pada 25 ogos 1888 M. |
|
Tidak sempat meninjau suasana di istana ini kerana masa kami sampai istana ini baru sahaja tutup. |
|
Tertarik dengan slogan di papan tanda itu. "Orang yang beriman tidak melanggar lampu merah". |
|
Ke Restoran Lubuk Idai menikmati makan malam. Akhirnya dapat makan makanan selain nasi padang. Menu ikan bakar & air durian belanda yang sangat sedap. |
|
Inilah Masjid Raya Al-Mashun Medan, bentuknya yang unik tidak seperti bangunan masjid biasa yang umumnya berbentuk segi empat. Masjid ini, berbentuk segi 8 dengan 4 serambi utama - di depan, belakang, dan samping kiri kanan, yang sekaligus menjadi pintu utama masuk ke masjid. |
|
Masjid Raya sudah berusia lebih seabad, namun bangunan masih tetap utuh dan terjaga. Rumah Allah ini tidak pernah sepi dari kunjungan. |
|
Menginap @ Garuda Plaza. Sangat penat. Mahu rehat mahu rehat untuk shopping keesokkan harinya. |
|
Pepagi dah ready untuk ke Pasar Ikan membeli shopping. Nama je pasar ikan tapi disanalah tempat jualan pakaian. Dari awal cerita sampai last part medan hanya gambar saya je yang saya sertakan. Kenapa? Mana ahli keluarga lain? Jawapannya: 3D2N ini hadiah birthday saya bagi tahun ini jadi biarlah beberapa gambar saya diselitkan dalam kisah kali ini. |
|
Pilih2 mana satu berkenan. |
|
Hanya 2 kedai je saya singgah @ Pasar Ikan. Sampai terduduk pilih telekung dan kain sulam. Beli untuk ahli keluarga. Untuk diri sendiri sekadar 2 pasang telekung sahaja. |
|
Memandangkan banyak masa lagi. Kami lepak@ Garuda Plaza sambil Foot Reflexology yang disediakan di hotel ini. Cuma IDR 50,000(± RM 16.20) selama 60 minit. |
|
Sebelum ke Malaysia singgah @ Kedai Bolu Meranti. Pelbagai bahulu dijual. Saya memilih Bahulu Keju. Sedap bahulu gulung ini. Bahulu gulung ini berharga IDR 50,000(± RM 16.20) . |
|
Singgah di KFC drive thru sebelum ke airport.
|
|
Bye2 Medan. Percutian yang memenatkan kerana perjalanan yang mengambil masa yang lama. Namum keindahan ciptaan Allah membuatkan hati ini tersentuh apabila melihat suasana hidup yang jauh berbeza dgn kehidupan kita. Syukur dengan apa yang Allah kurniakan. Pengalaman yang indah buat kami, berbaloi walaupun perjalanan berjam2 untuk sampai ke satu2 destinasi. |
Klik link dibawah untuk mengetahui cerita tentang Medan
bestnya tak sabar nak pi medan nie..semua dah booking..tiket dah beli..baca awaknya blog lagi lah teruja...
ReplyDelete