-

Wednesday, 28 November 2012

8 Hari 9 Malam - Along & Mukhriz berada di kampung



19 Nov 2012 (isnin) malam anak2 saya ditinggalkan di kampung halaman. Bagi Along sudah menjadi kebiasaan baginya kerana setiap kali tiba Cuti Persekolahan Akhir Tahun akan berada di kampung halaman. Kenapa begitu? Jawapannya kerana Along bosan berada di Nursery. Sebab itulah Along dengan rela hati untuk berpisah seketika dengan mama & papanya untuk tinggal bersama atuk dan neneknya. Dari umur Along 5 tahun lagi, dia memilih untuk berada di kampung sepanjang Cuti Persekolahan Akhir Tahun.

Pada mulalnya memang agak sukar bila berjauhan dengan anak. Lama kelamaan dan bila dah setiap tahun begitu, maka saya & En.H dapat menyesuaikan diri tanpa along setiap kali Cuti Persekolahn Akhir Tahun. Sudah 6 tahun berturut2 along pulang kampung semasa  Cuti Persekolahn Akhir Tahun.

Memandangkan anak saya kini cuma tinggal 2 sahaja. Maka agak sukar untuk memisahkan 2 beradik ini iaitu Along & Mukhriz. Masing2 akan buntu dan sepi jika mereka tidak bersama. Contohnya bila Mukhriz ke Latihan Karate - Along akan menunggu adiknya sambil berkata "lambatnya adik(Mukhriz) nak balik". Begitulah juga Mukhriz, jika along ke tuition walaupun sejam tetap akan berkata "lambatnya along balik - rumah sunyilah mama".

Maka pada tahun ini Mukhriz dengan rela hati untuk mengikuti jejak along iaitu untuk memilih berada di kmapung sepanjang cuti akhir tahun ini. Jika dulu Mukhriz ada arwah Feqah. Mukhriz tak sunyi sebab ada adiknya arwah Feqah. Semuanya berubah dan masing2 perlu mengesuaikan diri dengan keadaan.


Maka tinggallah kami ber2 di KL mencari rezeki. Sedangkan 3 anak kami berada di kampung halaman. Seorang telah bersemadi buat selama-lamanya(arwah Feqah Insyirah) dan pusaranya di kampung halaman. Manakala 2 anak lagi (Along & Mukhriz) bergilir2 berada di rumah atuk & neneknya (keluarga saya & keluarga En.H).

Kerinduan terhadap 2 anak (Along & Mukhriz ) tidak begitu menyentuh perasaan seorang kami. 

Yang tinggal hanya Kenangan. Kenangan itu tetap indah walaupun hanya seketika memilikimu (arwah Feqah Insyirah).

NAMUN kerinduan terhadap seorang anak yang bernama Feqah Insyirah benar2 menyentuh hati & perasaan ni, kadang kala tanpa diminta mata akan berkaca dan kadang kala juga titisan air mata kerinduan akan membasahi pipi.

Sesungguhnya hanya mereka yang mengalami keadaan yang pastinya akan memahami keadaaan ini. Kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana sudah tiada kenangan bersama anak yang telah bersemadi buat selama-lamanya. Sedangkan kerinduan terhadap anak yang berjauhan dengan kita, kita boleh bertanya khabar dan mendengar kata2 mereka melalui telefon. 



YA ALLAH....
kini aku bersyukur padaMU...

segala yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...

biar pahit mana ujian yg ku tanggung...

aku tahu itu yg TERBAIK untukku...


Dalam sunyi aku bersujud. Ya Allah "berikan aku kekuatan dan kesabaran". Perjalanan ini masih panjang & menagih  pengorbanan.



Malam ini (28 Nov 2012) saya & En.H akan pulang ke kampung halaman menjenguk anak2. Selama 4 hari 4 malam akan berada  di kampung halaman. Pastinya akan melalui hari2 tersebut dengan penuh aktiviti dan memenatkan kerana akan berlangsungnya perkahwinan adik perempuan saya ketika itu.

Duhai anak (arwah Feqah Insyirah) mama & papa pasti akan menziarahi pusaramu setiap hari walau sesibuk mana pun kami. Menziarahi pusaramu adalah kewajiban mama & papa setiap kali pulang ke kampung kerana mama & papa terlalu rindu kamu.

No comments:

Post a Comment