-

Monday, 29 February 2016

Pergi Klinik Kesihatan



Isnin lepas, kami ke Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam untuk mendapatkan injection / vaksin untuk bayi berumur 6 bulan. Masa pergi tu, Muayyad dah 7 bulan lebih.

Kami pergi ke Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam kerana  injection / vaksin untuk baby sekarang susah nak dapat dimana2 klinik/hospital swasta. Mula datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan injection / vaksin untuk baby 3 bulan .

Pepagi lagi dah sampai klinik kesihatan. Datang awal senang sikit nak dapatlan parking. Kalau tak jauh oooo nak jalan masuk ke klinik.

Kaunter mengambil nombor dibuka jam 7.30. Saya sampai jam 7.41 pagi. Dapat no ke 2. Pastikan tekan butang yang betul ya semasa nak ambil nombor kerana setiap butang ada nama kawasan-kawasannya.


Jam 8.00 pagi giliran akan dipanggil.  Walaupun giliran no 2, kami perlu menunggu hampir sejam lebih untuk settle semuanya. Sambil menunggu kasi Muayyad layan youtube Didi & Friends. Muayyad sangat suka Didi & Friends. 

Bab2 menunggu nombor untuk dipanggil kena bertabahlah ya. Maklumlah ramai yang datang mendapatkan perkhidmatan di sini. Service yang diberikan sangat mesra & cekap. Bab2 menunggu ni, kat mana 2 pun kena tunggu kan. Yang penting anak dapat injection / vaksin yang diperlukan. 


Muayyad yang kepenatan menunggu. Lega dah settle 6 bulan punya injection. Next untuk 9 bulan pula.

No comments:

Post a Comment