Untuk pakaian Along & Mukhriz dah lama sangat saya tak pilih untuk mereka. Mereka berdua akan membuat pilihan sendiri untuk keperluan mereka sekarang. Saya tak tahu sangat bab2 fesyen bebudak sekarang.
Layan je la apa yang mereka hendak. Kadang2 tu, bila tengok harga yang agak agak tak patut beli tu saya bebel juga kat mereka. Tetapi kadang kala layan je la janji mereka suka dengan apa yang mereka nak. Beli pakai tak pe, jangan beli simpan dah la.
Anak2 saya suka betul tinjau2 dalam butik H&M. Mula2 tinjau2 dulu, lepas tu mereka list apa yang mereka nak. Tak beli terus tau. Bila sampai rumah mereka baru ngada2 beritahu kat mama dan papanya. Kemudian mereka akan browser semula dalam website H&M tunjuk barang dan harga. Dan cakap "nanti kita beli ya, mama". Isk isk, macam la mama yang buat keputusan boleh beli ke tak.
Bila hari minggu, masing2 cepat2 siapkan homework. Lepas tu mereka ber2(along & Mukhriz) akan tanya ada nak gi mana2 tak hari ni? Mula la nak ajak gi shopping.
Mana yang berpatutan kami pun belilah. Biasanya kami akan ke H&M Setia City Mall. Inilah hasil pilihan mereka 2 minggu lepas.
No comments:
Post a Comment