Hari pertama kami menginap di Thistle Hotel JB, kami menikmati makan malam di Tip Top B.B.Q Ikan Bakar yang terletak di Medan Selera Sg Chat, JB. Hanya 5-10 minit sahaja untuk ke tempat ini dari hotel. Tempat ini direkmenkan oleh salah seorang staf hotel setelah saya tanya "kat mana tempat makan yg best dan dekat dari hotel".
Jam 6.30 petang kami dah berada di Medan Selera ini. Tip Top B.B.Q Ikan Bakar terletak di hujung jalan dan bersebelahan dengan kedai no 1. Jom kita order makanan. Ikan bakar adalah menu utama bagi pengunjung ke tempat ini. Namun kami tidak order ikan bakar tetapi kami order seafood sahaja.
Kami order udang goreng butter. Untuk 300g udang = RM24. Baby carb celup tepung. Kepah masak kicap bercili dan sotong bakar bercili. Harga untuk 4 menu ini cuma RM63. Rasanya memang sedap, yummy yummy licin semuanya.
Kat medan selera ni, kita kena order nasi tempat lain. Order air tempat lain. Bila order sampai kita kena terus bayar. Service di sini pun cepat.
|
Dinner @ Tip Top B.B.Q Ikan Bakar |
|
4 menu kami order di sini |
|
Sotong Bakar Bercili |
|
Baby crab celup tepung |
|
Kepah masak kicap bercili |
|
Udang goreng goreng butter |
|
2 air tembikai, 1 air laici & 1 ais jelly = RM20 |
|
Deretan kedai di Medan Selera ini |
No comments:
Post a Comment