-
Sunday, 1 March 2015
Genap Setahun Bergelar Surirumah
Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita dimana pada hari ini tanggal 01/03/2015 genaplah setahun saya bergelar "SURIRUMAH".
Setelah hampir 16 tahun berkecimpung dalam bidang IT akhirnya pada tanggal 28/2/2014 menjadi hari terakhir saya bekerja. Maka tanggal 01/03/2014 saya tidak lagi bekerja.
Satu keputusan yang memerlukan pertimbangan yang sedalam-dalamnya kerana banyak faktor yang perlu diambilkira.
Namun syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Sejujurnya target saya untuk ingin menjadi surirumah sepenuh masa adalah pada tahun 2014 iaitu apabila Feqah Insyirah masuk ke Tahun 1.
Walaupun arwah Feqah telah kembali ke Rahmatullah pada Mei 2012 ketika berusia 4 tahun 10 bulan namun hasrat tersebut tetap jua diteruskan memandangkan Hisyraf masuk alam persekolahan menengah pada tahun 2014 dan memerlukan perhatian yang lebih khusus dalam proses pembesaran & pembelajarannya. Begitu juga dengan Mukhriz yang telah masuk Tahun 3.
Tambahan pula, pada masa itu kami juga dalam proses perpindahan ke rumah baru di Shah Alam pada penghujung 2014 dimana kami akan menempuhi suasana kehidupan yang baru, maklumlah akan dapat jiran-jiran baru, anak-anak juga akan berpindah ke sekolah baru setelah hampir 13 tahun menetap di Bandar Kinrara.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik setakat ini. Saya dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada suami dan anak-anak. Kami juga telah selamat berpindah ke rumah baru pada akhir Disember yang lalu.
Sesungguhnya saya amat gembira dengan keputusan yang telah saya buat. Seringkali pertanyaan "tak boring ke duduk rumah?" diajukan kepada saya namun bagi saya tiada istilah boring dalam kamus hidup saya kini. Malahan saya lalui kehidupan ini dengan penuh kegembiraan, ketenangan dan kesyukuran bersama ahli keluarga.
Bagi saya, apa yang penting ialah keikhlasan niat kita dalam membuat sesuatu perkara. Sekiranya kita betul-betul ikhlas ingin menjadi surirumah sepenuh masa demi untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan mempertingkatkan amal ibadah kita, Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jadi suri rumah adalah impian ramai wanita...wonder bila saya py turn~
ReplyDeletesalam singgah sis~~