RM2 Per Entry - Parking @ LRT Bukit Jalil |
Lama betul saya tak parking di Stesen LRT Bukit Jalil. Boleh dikatakan setiap hari E.H yang setia menghantar dan mengambil saya di Stesen LRT Sri Petaling. Bila tuan diri yang menghantar tidak boleh menghantar saya, mula la terfikir2 nak naik teksi ke? nak drive kereta?. Kebiasannya saya akan pilih teksi sebab senang TAPI perlu membayar duit teksi sekitar RM30-RM40 untuk 2 ways Bandar Kinrara ke Stesen LRT. Walaupun dekat tapi sekarang nii, makin sesak dek pembinaan penambahan stesen LRT.
Tapi hari ni, saya mengambil keputusan untuk drive. Anak2 pun heran "betul ke mama nak bawa kereta?". Saya jawab "iyalah, tak percaya?". Anak2 pun dah tahu mama dia cam mana. Macam2 alasan untuk tidak bawa kereta ke LRT. Ini disebabkan kena menapak jauh ke LRT dan kalau naik di LRT Bukit Jalil sah2 kena berdiri. Harap2 semangat nak drive ke Stesen LRT berpanjangan, tunggu dan lihat je la nanti.
No comments:
Post a Comment