Isnin lepas, kami sekeluarga ke rumah kakak saya untuk makan2 sempena Birthday anak kakak yang ke 3 (Amni) dan anak ke 4 (Arina). 2 beradik ini, kami panggil kembar kerana ke hulu ke hilir berkepit je kerjanya. Arina seorang yang banyak cakap manakala Amni pendiam sikit. Kadang2 Arina suka buli kakaknya Amni. Mulut Arina tidak berhenti2 bercakap, kadang-kala saya selalu tegur dia "Na, tak letih ke duk cakap je tak henti2".
Dulu arwah anak saya (arwah Feqah Insyirah) suka main dengan 2 beradik nii, mesti dia duk tengah2 antara 2 beradik ini. Kalau main kejar2 pasti suara arwah lagi kuat berbanding 2 beradik ni. Sejak arwah Feqah Insyirah kembali ke Rahmatullah, bila saya melihat gelagat 2 beradik ini, saya akan terbayangkan anak saya seolah2 ada di antara mereka ber2. Bila time raya, bila tengok 2 beradik ini berbaju raya dan bertudung sayu & rindu pasti terpaut di hati saya.
Masih teringat ketika saya pregnant arwah Feqah Insyirah. Kakak saya betul2 terkejut & tertekan bila saya dah nak masuk anak ke 3. Sedangkan kakak saya baru ada 2 anak. Kata kakak "mana aci nii, adik dah nak 3 anak, kakak baru 2 ni". Akhirnya selang beberapa bulan kakak pregnant anak ke 3 iaitu Amni. Saya lahirkan anak ke 3, bln 7, 2007. Manakala kakak bersalin bln 9, 2007. Yes, sama2 dah ada 3 anak.
Kemudian, sebagai seorang kakak pasti kena lebih dari adiknya kan. Kakak di anugerah 2 lagi anak menjadikan 5 orang iaitu Anis, Aqil, Amni,Arina,Opic(nama manja).
Tuhan lebih menyayangi anak saya Arwah Feqah Insyirah, tahun lalu arwah telah kembali ke Rahmatullah ketika berumur 4 tahun 10 bulan, menjadikan anak saya yang didunia tinggal 2. Tapi bila orang bertanya "anak 2 orang ni je kee?" Saya akan menjawab "Semuanya 3 orang, 2 yang ada dan seorang lagi di alam barzakh dengan nada yg bergetar mengawal perasaan & airmata dr tewas".
Happy Birthday Amni (6 thn) & Arina (5 thn) |
Reaksi beradik ini mendapat hadiah |
Amni (6 thn) & Opic (3 thn) |
No comments:
Post a Comment