Untuk Majlis Aqiqah & Birthday yang lepas, saya buat dadih mango & strawbery untuk tambahan menu yang diorder. Dadih brand Happy Grass sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga. 5 paket dadih(3 paket mango + 2 paket strawbery) saya buat petang jumaat.
Untuk 1 paket dadih dapat 40 bekas kecil ini. 200 bekas siap petang jumaat. Penuh meja makan susun bekas dadih. Masa nak simpan dadih, alamak penuh dadih dalam peti ais.
Selain dadih saya buat ice cream malaysia. Ice cream perisa asam boi & sirap bandung sebanyak 150 batang sebagai tambahan. Itu je la menu yang saya buat & sempat buat. Tak de gambar ice cream diambil. Jenuh jugak nak ikat ice cream Malaysia 150 batang.
No comments:
Post a Comment