Cuti Merdeka yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman. Satu majlis Kenduri Tahlil untuk Arwah Abah & Arwah anak perempuan kami (Arwah Feqah Insyirah) telah diadakan. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Terima Kasih kepada semua adik-beradik yang pulang ke kampung halaman sempena majlis ini.
Buat Abah "kami RINDU abah, kami doakan abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman".
Buat Feqah Insyirah "mama, papa dan abang-abangmu sentiasa merindui kenangan bersamamu. Berbahagialah kamu di alam barzakh. Doakan yang terbaik untuk kami di dunia ini agar kami dapat menikmati kebahagiaan diakhirat kelak. Kami semua amat merinduimu. Doakan kami agar kami akan menemuimu kelak di sana. Oh anakku, Feqah Insyirah, kamu kini telah bergelar kakak kerana sekarang dah ada baby Muayyad."
|
Majlis diadakan pada hari ahad 30/08/2015. |
|
Nasi Minyak & Nasi putih |
|
Ayam percik |
|
Daging Kerutuk |
|
Gulai daging. |
|
Acar nenas pedas. |
|
Ikan Bilis Berkacang & Sambal Belacan |
|
Akok |
No comments:
Post a Comment