Pada 01/08/2015(sabtu) bersamaan 16 Syawal 1436H, satu majlis Riang Ria Aidilfitri telah diadakan di kawasan perumahan kami. Setiap keluarga dikenakan bayaran RM50 setiap rumah. Seramai 45 keluarga terlibat untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis tersebut bermula jam 8 malam dan berakhir 2.30 pagi.
3 buah khemah telah ditempah. Pada permulaannya hanya 35 keluarga sahaja yang join. Tetapi seminggu sebelum majlis semakin ramai yang join. Maka terpaksa tambah khemah dan meja lagi, tapi dek kerana majlis open house yang banyak, pihak khemah tidak dapat menyediakan khemah tambahan yang diperlukan. Jadi ada yang tidak berkhemah. Alhamdulilah, cuaca elok malam tersebut, kalau hujan malam tu, pasti basah mereka yang tak berkhemah.
Antara menu pada malam tersebut ialah nasi putih, nasi minyak, ayam goreng berempah, acar buah, pajeri nenas, daging masak hitam dan papadam.
Selain itu ada yang membawa rendang ayam, rendang daging, karipap, bahulu gulung, kuih muih, biskut raya dll. Memang banyak menu pada malam tersebut. Memandang saya masih dalam pantang dan tak pandai memasak, keluarga kami hanya menyediakan air mineral 0.5 liter untuk 150 orang.
Jiran tetangga perumahan bergotong royong membuat lemang. Memang meriah sesi membuat lemang tersebut.
Kebetulan pada malam tersebut mak,ayah & adik saya datang ke rumah saya. Ayah saya memang pengemar lemang, jadi ayah saya tak melepaskan peluang untuk makan lemang bersama rendang daging. Keluarga saya tak lama berada di rumah saya kerana malam tu mereka akan bermalam di rumah adik saya di Puncak Alam pula.
Pada malam tersebut kanak2 paling gembira, ke hulu ke hilir berlari sana berlari sini. Bawa basikal sana sini dan macam2 lah. Riuh rendah dengan suara kanak2. Saya tak keluar pun, maklumlah dalam pantang lagi. Tapi bila dengar suasana tersebut, bestnya kalau dapat join sekali.
Pada malam tersebut, ada juga yang sponsor bunga api. Macam2 bunyi ada. Memang seronok lah kanak2 pada malam tersebut.
Sambil2 makan, jom berkaroake. Masing2 tak lepas peluang menyanyi. Dek kerana karoake inilah, majlis berakhir jam 2.30 pagi. Pukul 2.30 pagi juga lah Mukhriz baru masuk rumah. Kanak2 juga tak melepaskan peluang menyanyi, mereka memilih lagu "Balik Kampung". Seronok kanak2 ini menyanyi beramai2.
No comments:
Post a Comment