-

Monday, 22 June 2015

5 Ramadhan 1436H - Genap 14 Tahun Usia Hisyraf(Along)

Hari ini 5 Ramadhan 1436, genaplah usia Hisyraf (Along) 14 tahun. Begitu cepat masa berlalu, kini genaplah juga saya bergelar seorang ibu selama 14 tahun. 

Bersalin di bulan puasa memang mencabar kerana tiada tenaga untuk bersalin kerana saya tetap berpuasa hingga ke hari bersalin. Bab pantang pula, memang menguji kesabaran bila melihat juadah berbuka yang menyelerakan. Semua benda rasa sedap tapi semuanya tidak boleh dimakan. Saya memang betul2 berpantang. Boleh dikatakan apa yang menjadi pantang larang orang tua saya ikut, maklumlah berpantang di kampung.

Bila tiba raya, terpaksa melihat sahaja pelbagai juadah hari raya yang dihidangkan dan terpaksa menjaga rumah kerana tidak boleh ke mana2. Tapi yang paling best bila saudara mara bagi duit  raya kepada anak, banyak juga duit raya yang terkumpul.  Semua itu menjadi memory  indah buat saya.

Sempena 14 tahun usia Along,  mama mengharapkan sesuatu yang terbaik untukmu  moga menjadi umatNYA  yg sentiasa di rahmati olehNYA dan menjadi anak yang berjaya di dunia & di akhirat. 

No comments:

Post a Comment