-

Friday, 23 January 2015

Lama Tak Update Blog

Sudah pindah ke Shah Alam

Dah sebulan lebih tak update blog. Kenapa ya? Ini kerana mood "MALAS" yang melanda. Banyak citer yang ingin diupdate tapi mood "MALAS" yang melanda membuatkan blog semakin kurang ceritanya.

Buat pembaca blog, sebenarnya saya sudah berpindah ke Shah Alam. Alhamdulillah, impian saya untuk menginap di Shah Alam tercapai juga. Itulah impian yang sekian lama terpendam.

Sebenarnya, rumah di Shah Alam dah lama siap TETAPI agak berat untuk saya berpindah meninggalkan Bandar Kinrara kerana terlalu banyak kenangan bersama arwah Insyirah sepanjang berada di Bandar Kinrara. Kadang kala saya merasakan bayangan arwah sentiasa ada di rumah itu walaupun arwah telah kembali ke Rahmatullah May 2012 yang lalu.

3 bulan proses renovation rumah

Akhirnya, September 2014, kami memilih TS Design & Consultant Sdn Bhd untuk mengubahsuai rumah di Shah Alam. Semua kerja dari submit plan hinggalah siap cuci rumah kami serahkan kepada pihak TS Design & Consultant Sdn Bhd . Proses untuk renovation ini mengambil masa 3 bulan.

Sepanjang renovation rumah macam-macam kena fikir. Kos renovation pun boleh tahan harganya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kerana kami sudah plan lama apa yang patut kami buat dan apa yang tak perlu.

Kebanyakannya barang2 seperti barang elektrik, lampu, perabut, auto gate dan lain2, kami dah book masa Pameran Home Renovatian/ Perfect Livin. Alarm dan CCTV juga telah dipasang.

22 dec 2014, pindah ke Shah Alam

Mood "MALAS" untuk update blog kerana proses untuk packing barang-barang di Bandar Kinrara mengambil masa yang lama. Ini kerana saya dah menginap di Bandar Kinrara hampir 13 tahun. Macam2 barang perlu disimpan. Bila kemas barang dari stor, banyaknya jumpa barang2. Hadiah zaman kahwin  pun ada yang masih berbalut lagi.  Tanggal 22 Dec 2014 (sabtu) kami angkut barang ke Shah Alam. 

Rumah di kampung mengalami banjir besar

Cuti sekolah hujung tahun yang lalu, kami sekeluarga
meluangkan masa untuk pulang ke kampung selama 9 hari. Masa ni, mak baru lepas operate mata. Anak2  saya nak tinggal kat kampung tetapi saya tidak benar kerana keadaaan mak yang tak sihat.  Syukur anak2 ada di KL, kalau tak dengan anak2 saya jadi mangsa banjir. 

Penghujung disember, keluarga saya di kampung mengalami banjir besar menyebabkan hampir keseluruhan barang rumah rosak. Kami tak pulang pun ke kampung, sekadar menghulurkan wang untuk membantu membeli barang rumah yang rosak. 

Masa ni, kami tengah urusan hal pertukaran sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah agama anak2. 

Pindah sekolah

Alhamdulillah anak2 dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru. Mereka ber2 happy dengan suasana sekolah baru. Along dan Mukhriz ke sekolah menengah dan sekolah kebangaaan sesi pagi. Pepagi sunyi rumah tak de anak2.

Tapi En.H ada menemani saya kerana dia sering ke ofis lambat sikit. Sempatlah saya ke pasar membeli barangan basah di Pasar Seksyen 6 dan sempat juga lepak2 breakfast sama2.

Belah petang pula, Mukhriz akan ke sekolah agama.  Manakala Along pula sibuk dengan sukan Rugby. Along habis sekolah sesi pagi 2.30 ptg, pulang ke rumah jap. Siap2 untuk ke sekolah semula dan akan pulang jam 6.00 petang. Rutin 2 beradik dah berubah. Tapi mereka happy jer, syukur.

No comments:

Post a Comment