-

Monday, 8 September 2014

Jalan2 bersama kawan

Punyalah lama tak update blog ni. Citer 2 weeks lepas baru nak update. Khamis 28 Ogos  saya keluar jalan2 dengan kawan lama iaitu Pn.Ita. Janji jumpa di LRT Sultan Ismail jam 10.00 pagi. 

Seronok boleh cuci mata di Jalan Tar. Bukan nak beli apa pun, sekadar sembang2 dengan Pn.Ita je pun. Pejam celik pejam celik rupanya masa kami jumpa tuu hampir 6 bulan dah kami berdua bergelar housewife.
Saya memang susah nak keluar mana2 disebabkan kena settlekan anak2 ke sekolah. Berlainan dengan Pn.Ita walaupun tak berkerja, anak2 nya dihantar ke taska/nursery atas sebab2 tertentu.
Bila dah janji tuu payah sikit nak setkan tarikh sebab anak2 sekolah kan. Nak keluar jumpa kawan kena setkan masa yang sesuai untuk En.H uruskan anak2 sampai jam 1 tengahari baru En.H boleh ke ofis.

Saya pula jam 9.15 pagi dah minta En.H hantarkan ke LRT Sri Petaling. Malas ooo nak drive ke LRT. Balik sanggup naik teksi. Saya kena sampai di rumah paling lewat jam 5.00 petang untuk masak dan tunggu anak2 pulang sekolah.

Tiada gambar kami ber2 kerana kami masing2 semakin bam bam kegemukan. Inilah penangan lepas raya, makan tak ingat. 

Dari LRT Sultan Ismail kami berjalan ke sekitar Jalan TAR menuju area Chow Kit. Masuk kedai itu kedai ini dan seterusnya ke Plaza GM. Tak lama pun kami ke sana kerana kami dah ada benda yang nak dibeli. Terus ke kedai yang diinginkan dan terus beli barangan yang dilistkan. Tak boleh dah nak survey2 benda lain.


Jalan punya jalan dah pukul 11.30 pagi. Kami singgah makan di Restoran Masakan Arab. Isi perut dulu sebelum meneruskan sesi cuci mata. Nyum2 sedapnya Nasi Mandy. Sambil makan sambil sembang. Lama betul sembang kat restoran tuu. Sedar-sedar dah lunch hour. Kami beredar dari restoran itu.

Setelah kekenyangan kami ke Maju Junctions pula. Disinilah tempat kami lepak2 time lunch masa kerja2 dulu. Disini Pn.Ita rembat Skirt dan saya pula beli seluar. 

Seterusnya berjalan kaki ke SOGO. Jauh ooo kami jalan hari tuuu...Dari LRT Sultan Ismail - Plaza GM - Maju Junction - SOGO. 

Beli barangan di SOGO, jumpa kawan lama yang bekerja di MARA KL iaitu Pn.R. Tengah2 bayar, Pn.R tegur "kak, bestnya kak, tak kerja pun boleh shopping2 & jumpa kawan. Anak2 sapa urus kak". Masa jumpa tuu barang dah penuh tangan. 2 kali keluar dengan Pn.Ita. 2 kali jugalah jumpa Pn.R di SOGO. 


Solat Zohor di SOGO dan makan & sembang LG SOGO. Jam 4.30 naik LRT pulang. Sampai di rumah jam 5.15 petang. Terdapat buku IKEA 2015 tergantung di pintu pagar. Bestnya dapat buku IKEA 2015, dapat cari idea untuk rumah baru nanti.

No comments:

Post a Comment