Hari Raya ke 3 yang lepas, kami merehatkan diri sebentar @ Tok Aman Bali Resort untuk 2 days 1 night. Ini kali ke 2 kami ke sini di musim perayaan. Tahun lepas pun kami ke sini pada 3 Syawal juga.
Tahun ini merupakan kali ke 3 tanpa anak yang bernama Arwah Feqah Insyirah dan pertama kali beraya tanpa Abah.
Tahun ini merupakan kali ke 3 tanpa anak yang bernama Arwah Feqah Insyirah dan pertama kali beraya tanpa Abah.
Hakikatnya bila tiba Hari Raya, kami sekeluarga berlawan dengan kerinduan yang mendalam terhadap Arwah Feqah Insyirah. Sebab itu lah kami memilih untuk berehat seketika di sini untuk mencari damai di hati.
Rasa rindu yang mendalam terhadap Arwah Feqah tak kala melihat anak2 yang sama baya dengan arwah bergembira di hari raya. Duhai anak, pastinya kamu lebih gembira di alam barzakh sana.
Rasa rindu yang mendalam terhadap Arwah Feqah tak kala melihat anak2 yang sama baya dengan arwah bergembira di hari raya. Duhai anak, pastinya kamu lebih gembira di alam barzakh sana.
Terima kasih Ya Allah, kerana masih lagi berpeluang memiliki 2 lagi anak iaitu Along & Mukhriz yang sangat memahami perasaan ini. Mereka juga sangat merindui adiknya.
Kini, bila kami bercuti atau menginap di mana2 hotel, keadaan agak berlainan kerana kegembiraan yang pernah kami lalu ber5 sudah tiada lagi. Yang tinggal kini hanya kami ber4. Namun, saya bersyukur segala urusan dipermudahkan dan hati semakin tenang dan damai kini. Cuma yang tinggal hanya kerinduan yang sukar di olah dengan kata2.
Seperti biasa, kami sekeluarga suka menu kelantan. Di sini, disediakan menu kelantan yang terdiri dri nasi dagang, nasi kerabu dan lain-lain. Harga breakfast untuk kanak2 cuma RM13 untuk anak2 yang berumur 6-13 tahun.
Selepas breakfast, apa lagi jom main kolam sampai kul 11.30 pagi. Saya hanya memerhati dari jauh anak2 bermain.
Anak2 pun dah besar. Mukhriz leka baca newspaper. Along pula, tak lepas dari handphone, pantang ada line internet sibuk je dengan handphonenya. Maklumlah, musim perayaan line internet asyik putus2. Bye2 Tok Aman Bali Beach Resort.
No comments:
Post a Comment