-

Sunday, 9 March 2014

30 hours @ Langkawi - Day 2

Day 2: Suasana pepagi hari @ Landcons Hotel Langkawi.Jam 7.00 pagi kami keluar mencari makanan untuk breakfast memandangkan hotel ini tidak menyediakan breakfast.

Masa kami nak ke parking kereta. Datang pelancong dari Sweden ini menanya kami dimana nak ambil teksi untuk ke airport. Pelancong ini sama hotel dengan kami, kami bertembung di Lobi dan kelihatan pelancong ini kelam kabut je nak cari teksi. Memandangkan kami nak membeli makanan dan akan lalu di Airport. Maka kami pun ajak pelancong ini menaiki kereta kami dan kami hantarkan ke airport. Tak sangka pepagi dah speaking orang putih...bla bla bla.....dari mengantuk terus celik mata speaking . Pelancong ini datang bersama keluarga tapi dia terpaksa balik awal kerana beliau masih student dan flightnya jam 9.00 pagi dan akan transit dari KL ke Singapore. Kami diberikan RM50 kerana menghantarnya ke Airport. Kami tak ambil pun duit tu sebab memang kami nak lalu Airport.

Breakfast pepagi buta dengan nasi minyak gulai ikan tenggiri + sambal sotong. Rambang mata melihat banyak gerai yg menjual pelbagai makanan dengan harga yang murah. Beli itu beli ini. Tak habis pun breakfast semuanya. Kami bawa makanan untuk ke Island Hopping.
Tepat jam 9.00 pagi, kami berkumpul untuk ke Islang Hopping. Saya dah pernah pergi masa tahun 2007 masa tu tengah pregnant 5 bulan arwah Feqah Insyirah. Kali ini sekali lagi ke Island Hopping menemani rakan saya Miss Zaini. Bayaran yang dikenakan untuk Island Hopping ialah RM35. Pergi ke jeti & balik ke hotel pihak Island Hopping yang uruskan. Kami menaiki van diatas bersama mereka2 yang lain.

View @ Jeti untuk ke Island Hopping

View @ Jeti untuk ke Island Hopping

View @ Jeti untuk ke Island Hopping - Keadaan kemarau sekarang membuatkan air cetek dan berlaku kelewatan untuk bot mengambil penumpang.

Sebahagian dah beratur untuk ke Island Hopping. Bot kami agak lewat sedikit dari bot2 lain.

View ke Pulau Dayang Bunting

Vroommmmmm

View ke Pulau Dayang Bunting

Akhirnya kami sampai di Pulau Dayang Bunting. Agak lewat dari yang lain2.

Deretan bot @ Pulau Dayang Bunting setelah menurunkan penumpang.
Monyet2 berkeliaran di Pulau ini. Jaga-jaga sesiapa yang bawa makanan & air.

 Pulau Dayang Bunting
 
Jom mendaki untuk tasik air tawar. Berpeluh gak nak sampai. Penat terasa mungkin disebabkan faktor umur. Masa pergi tahun 2007 dengan bawa perut 5 bulan, gilir2 dukung Mukhriz ok je. Sekarang sorang2 pun semput dibuatnya.

View Tasik Air Tawau @ Pulau Dayang Bunting

View Tasik Air Tawau @ Pulau Dayang Bunting

Legenda Tasik Dayang Bunting

Kisah Cinta Si Enggang

Menunggu bot untuk ke Pulau Singa- melihat Helang.

View Dayang Bunting

Sampai @ Pulau Singa. Jom tengok helang berterbangan.

Kulit ayam di bawa oleh pemandu bot untuk mengumpan helang datang untuk mencari makan.

Helang berterbangan

Seterusnya kami ke Pulau Beras Basah.

Deretan bot @ Pulau Beras Basah setelah menurunkan penumpang. Ramai yang mandi manda disini. Kami hanya melihat pemandangan sambil makan bekal yang di bawa. Panas betul sekarang ni.

Jam 1.20 tengahari berakhirlah Island Hopping kami. Kami kepenatan.

Memandangkan flight kami jam 6.40 petang. Sempat lagi ronda2 pekan Kuah untuk membeli apa yang patut. Masa datang hanya 8 kilo sahaja untuk kami ber2. Masa pulang 23 kilo semuanya. Apakah itu? Tak bawa banyak2 pun sebab setiap orang free 20 kg untuk luggage.

No comments:

Post a Comment